KOTA BHARU: Polis Kelantan sudah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan beberapa pihak dalam usaha menghentikan sementara projek pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3B dan 3C yang sedang berjalan ketika ini bagi mengelak kesesakan jalan Gua Musang-Kuala Lipis.
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sudah membuat perbincangan dengan pihak berkaitan iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya kerja-kerja pembinaan dihentikan sementara sebelum musim perayaan ini.
"Kita ada bincang untuk cuba sebelum raya ini, hentikan sementara atau ada kaedah lain yang boleh digunakan.
"Setakat ini, alternatif yang ada ialah sepertimana saya katakan sebelum ini," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini semalam.
Beliau yakin perantau sudah bersedia untuk menghadapi situasi tersebut.
Menurut Muhamad Zaki, kesesakan sudah pasti berlaku tetapi pihaknya akan cuba mengatasi masalah berkenaan.
Ujarnya, dalam masa yang sama jika ada laluan alternatif lain di Gua Musang, polis akan cuba bincang dengan JKR serta semua pihak yang terlibat.
Media tempatan sebelum ini melaporkan Muhamad Zaki ada memberikan cadangan bagi mengelak kesesakan pengguna boleh pulang ke Kelantan menggunakan LPT melalui Terengganu atau Jalan Gerik, Perak.
Selain dua laluan itu, polis Kelantan juga sedang meneliti dua laluan alternatif iaitu dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
Cadangan ini diutarakan susulan penutupan jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis, bermula di hadapan Petronas Persiaran Raya Gua Musang sehingga ke bulatan Tanah Putih selama sebulan bagi memberi laluan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3B dan 3C yang sedang dijalankan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 11 2023
Muhamad Zaki bercakap pada sidang media di IPK Kelantan, Kota Bharu, pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Johor mahu bina sistem Aliran Transit Automasi bertingkat atasi kesesakan
Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.
Aidilfitri: Hampir 1 juta kenderaan perantau masuk ke Kelantan
Hampir sejuta kenderaan anak-anak perantau masuk ke Kelantan menerusi tiga pintu masuk utama sejak Jumaat lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kesesakan jalan, hasil padi serta kenaikan elaun TVET tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nik Muhammad Zawawi minta menteri nyatakan strategi dan tindakan kerajaan bagi mengatasi masalah ketidakcekapan sistem jalan raya.
London bandar paling sesak di dunia, Kuala Lumpur pun masuk senarai
Mengikut data yang mengumpul kesesakan terburuk dunia daripada 387 bandar di 55 negara sepanjang tahun lalu, London di tangga pertama.
Deepavali: Aliran trafik tinggi di beberapa lebuh raya utama
Aliran trafik tinggi dilaporkan di beberapa lebuh raya utama hari ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan.
PDRM tubuh Team Black Mamba atasi kesesakan jalan raya
Aset melibatkan motosikal berkuasa tinggi antara yang digunakan pasukan ini dalam menjalankan tanggungjawab diberi.
Tiga laluan kontra atasi kesesakan di ibu negara
Tiga laluan kontra akan dibuka bermula 3 Julai ini sebagai langkah segera mengatasi masalah kesesakan jalan raya di ibu negara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Penyelesaian segera, menyeluruh atasi masalah kesesakan jalan raya sebelum 2030 - Ahmad Zahid
Jawatankuasa kabinet yang bermesyuarat untuk kali pertama hari ini memutuskan beberapa penyelesaian segera dan menyeluruh.
Jutaan 'pemudik' kembali ke ibu kota
Jutaan pemudik di Indonesia pulang ke kota dari kampung halaman masing-masing selepas cuti perayaan selama seminggu sempena Aidilfitri berakhir pada Selasa.
Aidilfitri: Aliran trafik tinggi, perlahan di lebuh raya utama petang ini
Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di lebuh raya utama setakat 5 petang ini berikutan pertambahan kenderaan pada hari ketiga Aidilfitri.