SHAH ALAM:Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) berkata kesesakan yang berlaku di Pelabuhan Klang telah menunjukkan penambahbaikan selepas beberapa langkah serta merta dilaksanakan oleh pasukan petugas yang diarahkan Kementerian Pengangkutan sejak bulan lepas.
Pengerusi LPK Datuk Chong Sin Woon berkata pasukan petugas itu yang diketuai pihak berkuasa seperti Northport, Westports, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan beberapa persatuan logistik ditubuhkan untuk mengenal pasti punca dan langkah segera untuk mempercepatkan aliran kargo dan pergerakan kapal melalui pelabuhan itu.
"Pada Jumaat lepas, MAQIS menyediakan tenaga kerja tambahan untuk membuat pemeriksaan kontena yang mana 100 peratus kontena yang disekat telah diperiksa dan dilepaskan dalam tempoh sehari, peningkatan yang tinggi berbanding 60 peratus sebelum ini.
"Pengambilan kontena kargo sejuk oleh syarikat pengangkutan dan pihak penerima turut mencatatkan penambahbaikan yang ketara dengan hampir 50 peratus penghantaran dalam tempoh 24 jam selepas pas masuk dikeluarkan berbanding 30 peratus sebelum ini.
"Ini menyebabkan penggunaan yad bertambah baik dan susut 95 peratus daripada 100 peratus minggu lepas," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata usaha bersama dengan syarikat perkapalan telah menyebabkan kapal memuatkan lebih banyak kontena eksport dan pemunggahan yang telah lama berada di pelabuhan itu.
Chong berkata beberapa syarikat turut menyediakan kapal tambahan untuk tujuan itu dan pelabuhan berkenaan telah memberikan keutamaan tempat berlabuh kepada kapal-kapal ini.
"Selain itu, ejen pengangkutan dan pengimport telah meningkatkan usaha untuk mengosongkan kontena import daripada pelabuhan itu dengan lebih awal dan mengelakkan penyimpanan di kawasan pelabuhan.
"Dengan pengosongan bersih sebanyak 20,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena eksport dan pemindahan ke kapal, penggunaan yad telah menyusut daripada 90 peratus kepada 82 peratus, membolehkan terminal itu untuk beroperasi dengan produktiviti yang lebih baik," katanya.
Katanya, JKDM juga telah menyediakan pegawai tambahan untuk menyegerakan penyelesaian dokumen import dan eksport selain kaunter khas untuk barangan kargo sejuk dan makanan tidak tahan lama.
Pasukan petugas itu turut menambah baik purata tempoh menunggu kapal dengan ketara sejak minggu lepas apabila kapal dapat berlabuh dalam masa 24 jam tiba di tempat berlabuh luar berbanding lima hari pada Disember tahun lepas.
Chong berkata semua pihak akan terus bekerjasama rapat untuk memastikan keadaan itu dapat diuruskan dengan baik dan prinsipal kargo dan syarikat perkapalan menerima layanan tepat pada masanya dan efisien.
Beliau menjelaskan isu itu berpunca terutamanya daripada faktor luaran, namun LPK dan komuniti logistik akan melaksanakan kesemua langkah yang diperlukan untuk mengurangkan kesulitan pengguna pelabuhan khususnya dengan jangkaan peningkatan barangan menjelang Tahun Baharu Cina pada bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 10 2021
![Kesesakan di Pelabuhan Klang berkurangan selepas pelaksanaan langkah segera - LPK Kesesakan di Pelabuhan Klang berkurangan selepas pelaksanaan langkah segera - LPK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610298384_WestportsPortKlang.jpg)
Kesesakan yang berlaku di Pelabuhan Klang telah menunjukkan penambahbaikan selepas beberapa langkah serta-merta dilaksanakan. - Bernama
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Kesesakan di Pelabuhan Klang berkurangan selepas pelaksanaan langkah segera - LPK Kesesakan di Pelabuhan Klang berkurangan selepas pelaksanaan langkah segera - LPK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610298384_WestportsPortKlang.jpg)
Kesesakan di Pelabuhan Klang berkurangan selepas pelaksanaan langkah segera - LPK
Kesesakan yang berlaku di Pelabuhan Klang telah menunjukkan penambahbaikan selepas beberapa langkah serta-merta dilaksanakan.
![LPK ambil langkah tangani isu kesesakan di Pelabuhan Klang LPK ambil langkah tangani isu kesesakan di Pelabuhan Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602749484_ChongSinWoon.jpg)
LPK ambil langkah tangani isu kesesakan di Pelabuhan Klang
LPK mencapai kata sepakat dengan syarikat perkapalan untuk memastikan kapal-kapal terus singgah di Pelabuhan Klang dengan menyediakan slot secukupnya bagi kontena eksport dari pelabuhan itu.
![Tiga individu bebas tuduhan menipu dalam projek PKFZ Tiga individu bebas tuduhan menipu dalam projek PKFZ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51489727585_LawJennDong.jpg)
Tiga individu bebas tuduhan menipu dalam projek PKFZ
Mereka ialah bekas Pengurus Projek Kuala Dimensi Sdn Bhd, Law Jenn Dong, 59; arkitek BTA Architect, Bernard Tan Seng Swee, 56, dan Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi, Stephen Abok, 59.
![Projek PKFZ: Phang dibebas daripada tuduhan pecah amanah RM254.85 juta Projek PKFZ: Phang dibebas daripada tuduhan pecah amanah RM254.85 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71463672203_CourtGavel.jpg)
Projek PKFZ: Phang dibebas daripada tuduhan pecah amanah RM254.85 juta
Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang atas tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan RM254.85 juta.