Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga individu yang dituduh menipu dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), tanpa dipanggil membela diri.
Mereka ialah bekas Pengurus Projek Kuala Dimensi Sdn Bhd, Law Jenn Dong, 59; arkitek BTA Architect, Bernard Tan Seng Swee, 56, dan Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi, Stephen Abok, 59.
Hakim Asmadi Hussin membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua pertuduhan.
Seramai 31 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Muhammad Anas Mahadzir dan Noor Zalizan Lazarous.
Law diwakili oleh peguam Datuk Tan Hock Chuan, Stephen oleh peguam Hisham Teh Poh Teik, manakala Bernard Tan diwakili peguam Datuk V. Sithambaram.
Ketika membuat keputusan, Asmadi berkata apa yang dibuktikan oleh pihak pendakwaan ialah Law, Stephen dan Bernard Tan ada menandatangani notis pembayaran untuk membuat tuntutan bagi kerja-kerja infrastruktur elektrikal untuk projek PKFZ.
Namun, beliau berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan apakah kemudahan sistem elektrikal 33KV yang tidak dibuat oleh KDSB semasa notis pembayaran berkenaan dihantar kepada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan OSK Trustees Bhd bagi tujuan pembayaran.
"Pihak pendakwaan tidak boleh bergantung kepada fakta bahawa TNB (Tenaga Nasional Bhd) tidak membenarkan KDSB membuat kerja-kerja sistem elektrikal 33KV sebagai bukti bahawa KDSB tidak melakukan kerja-kerja tersebut tetapi telah membuat tuntutan.
"Keterangan yang ada di hadapan mahkamah menunjukkan sebahagian besar kerja-kerja infrastruktur bagi sistem elektrik 33KV telah disiapkan dan KDSB dengan bantuan LPK sehingga ke tahun 2009 masih merayu untuk dibenarkan membuat kerja-kerja sistem 33KV secara siap guna," katanya.
Malangnya, tambah Asmadi, usaha-usaha KDSB dan LPK terbantut apabila adanya pertikaian yang membawa kepada tindakan sivil diambil oleh LPK terhadap KDSB dan BTA Architect.
Justeru, beliau berkata setelah membuat penilaian maksimum ke atas kesemua keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan dan kredibiliti mereka serta kesemua eksibit yang dikemukakan kepada mahkamah, pihaknya mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua pertuduhan.
"Dengan ini, ketiga-tiga tertuduh dibebas dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan utama dan pertuduhan pilihan," katanya.
Law, Stephen dan Bernard Tan mengaku tidak bersalah pada 8 Nov 2010 atas 24 pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees Bhd untuk membuat pembayaran berjumlah RM116.85 juta kepada Kuala Dimensi untuk dua projek di PKFZ di OSK Trustees Bhd, Plaza OSK Ampang antara 30 Jun 2006 sehingga 20 Jun 2008.
Stephen dan Bernard Tan juga mengaku tidak bersalah terhadap dua lagi pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees di antara 31 Julai 2007 dan 8 Okt 2008 dengan memperdaya syarikat pemegang amanah itu untuk membayar RM5.42 juta kepada Kuala Dimensi untuk projek sistem bekalan elektrik ke PKFZ yang tidak dilaksanakan.
Bagi setiap pertuduhan mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.
Sebelum ini, Stephen dan Bernard Tan mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan asal menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membabitkan tuntutan RM5.42 juta pada 31 Julai dan 21 Sept 2007.
Bernard Tan dan Law pula menghadapi 24 pertuduhan asal menipu LPK bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada Kuala Dimensi melibatkan dua projek yang sama antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008. -- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2017
Law (kanan), Bernard Tan (empat, kiri) dan Stephen (dua, kiri) bersama peguam masing-masing di luar Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Shah Alam, hari ini. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Tiga individu bebas tuduhan menipu dalam projek PKFZ
Mereka ialah bekas Pengurus Projek Kuala Dimensi Sdn Bhd, Law Jenn Dong, 59; arkitek BTA Architect, Bernard Tan Seng Swee, 56, dan Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi, Stephen Abok, 59.