KUALA LUMPUR:Kerajaan akan melakukan apa sahaja demi mengawal penularan COVID-19 untuk jangka pendek, menjaga kesihatan awam dan menyokong perniagaan dalam membangunkan ekonomi.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata semua itu perlu dilakukan secara serentak meskipun ia akan melibatkan peningkatan defisit fiskal.
"Fokus kita kini bukan hanya untuk defisit semata-mata sebaliknya untuk mempunyai sasaran jangka sederhana dan panjang untuk defisit.
"Ketika krisis kewangan global, defisit kita mencecah 6.7 peratus dan kerajaan penuh disiplin berjaya menurunkannya kepada 2.9 peratus pada 2017," katanya dalam temu bual bersama akhbar The Edge.
Zafrul berkata, Kementerian Kewangan meletakkan peruntukan berkaitan COVID-19 yang bersifat sekali beri, dalam satu akaun amanah sebagai langkah berdisiplin.
BACA: Unjuran defisit kekal meskipun Belanjawan 2021 ditambah - Zafrul
"Jika kita letak dalam belanjawan biasa, ia akan dianggap sebagai asas baharu.
"Untuk elak daripada wujudnya asas baharu kepada belanjawan, saya wujudkan dana amanah khas berkaitan COVID-19," katanya.
Zafrul berkata melalui itu Kementerian Kewangan mensasarkan defisit sekitar 4.5 peratus untuk tempoh 2021 hingga 2023, berdasarkan kepada rangka kerja percukaian semasa.
"Kita mahu turunkan defisit fiskal kepada 4 peratus dalam tempoh masa 3 ke 4 tahun namun ia masih bergantung kepada pemulihan pertumbuhan," katanya,
Zafrul pada masa sama berkata kerajaan akan perlu meminjam lebih banyak untuk memenuhi perbelanjaan.
"Jika anda lihat Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion dan hasil pula tidak akan diraih dengan pantas memandangkan ekonomi akan pulih secara berperingkat.
"Meskipun nisbah liputan bayaran hutang (DSC) akan meningkat namun ia akan ditampan oleh kos pinjaman yang rendah dan kita juga tidak mempunyai banyak risiko tukaran asing.
"Biasanya kita mempunyai DSC pada 15 peratus. Itu disiplin yang kita sendiri tetapkan sebelum krisis namun selepas krisis kita akan melepasi 15 peratus.
Zafrul berkata beliau menjangkakan peningkatan DSC akan mencecah hampir RM3 bilion susulan pinjaman tambahan yang dibuat untuk menampung pakej rangsangan.
BACA: Penambahbaikan Belanjawan 2021 bukan satu keputusan sukar - Zafrul
Najib Aroff
Sat Nov 28 2020
TENGKU ZAFRUL: Ketika krisis kewangan global, defisit kita mencecah 6.7 peratus dan kerajaan penuh disiplin berjaya menurunkannya kepada 2.9 peratus pada 2017. - Gambar fail
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 28 Nov hingga 4 Dis ini.
Suasana di pusat penjumlahan undi TPS 005 Kwitang
Tempoh pengundian untuk calon Gabenor bagi Pilkada 2024 tamat jam 1 tengah hari waktu tempatan sebentar tadi.
Ketua Sekretariat Nusasentris, Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi yang kini berada di salah satu pusat penjumlahan undi di Kwitang, Jakarta Pusat ada laporannya.
Ketua Sekretariat Nusasentris, Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi yang kini berada di salah satu pusat penjumlahan undi di Kwitang, Jakarta Pusat ada laporannya.
Hanya 10 peratus warga polis Terengganu dibenar cuti
Hanya 10 peratus daripada 3,900 pegawai dan anggota polis Terengganu dibenarkan bercuti sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.
Ibu dipenjara sebulan tinggal dua anak dalam rumah dua hari
Seorang tukang urut dipenjara sebulan oleh Mahkamah Sesyen Ampang pada Rabu selepas didakwa meninggal dua anak yang masih kecil di rumah selama dua hari pada oktober lalu.
“Kita tak pilih kasih, bukan operator feri Pulau Pinang sahaja akan dpt subsidi”- Loke
Menteri Pengangkutan berkata operator feri Pulau Pinang akan diberikan subsidi termasuk operator feri Pulau Tioman, Langkawi dan semua operator feri. “Supaya operator feri dapat melanjutkan operasi mereka dan tiket tidak membebankan pengguna”katanya.
PM Anwar akan umum projek rumah mampu milik libatkan pelaburan besar - KPKT
Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri bulan depan, dan ia merupakan pelaburan paling besar dalam sejarah negara bagi projek berkenaan.
Seoul dilitupi salji, banyak penerbangan dibatal, tangguh
Seoul diliputi salji melebihi 16 sentimeter (cm) pada Rabu, mencatat rekod baharu bagi November sejak pemerhatian cuaca moden dimulakan pada 1907, menurut agensi cuaca negara.
CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.
Pengganas paling dikehendaki FBI diberkas di UK
Daniel Andreas San Diego dikehendaki di AS atas serangan pengganas yang dilakukannya di California pada 2003.
Bunuh ibu, bapa: Tertuduh diarah jalani pemeriksaan mental sebelum jatuh hukum
Mahkamah menetapkan 27 Januari depan untuk pengurusan kes.
RM44.2 juta Akaun Sejahtera dicarum bagi program i-Lindung hingga September 2024
Sejumlah RM44.2 juta telah dikeluarkan oleh pencarum melalui Akaun Sejahtera KKWSP sejak program i-Lindung diperkenalkan pada Julai 2022.
Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan dijangka dibentang tahun depan - MOF
Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan (RUU PK) bagi meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Kementerian Kewangan teliti pemohonan bayar balik ICPT kepada Sabah Electricity - Amir Hamzah
Kementerian itu juga sedang menimbang pemberian moratorium bayaran balik pinjaman Sabah Electricity kepada kerajaan yang dianggarkan sekitar RM65 juta.
RM12.8 bilion wang tidak dituntut setakat 31 Okt
Sejumlah RM17 bilion wang tidak dituntut diserahkan syarikat dan firma kepada Jabatan Akauntan Negara dengan RM4.2 bilion daripada jumlah itu telah dituntut empunya yang berhak setakat 31 Okt lepas.
Bayaran akhir STR disalur secara berperingkat bermula esok - MOF
Kerajaan akan menyalurkan bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 secara berperingkat bermula esok kepada 8.7 juta penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Isu FashionValet: Vivy Yusof, suami sambung beri keterangan kepada SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambung proses merekod keterangan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang dijadualkan pagi ini
200 lagi Kampung Angkat MADANI pada tahun depan
Johan berkata jumlah tambahan kampung angkat melibatkan peruntukan RM200 juta itu akan dilaksanakan berikutan penerimaan baik yang diterima.
SPRM mulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan FashionValet
SPRM memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.
Khazanah, PNB jual pegangan RM47 juta dalam FashionValet pada harga RM3.1 juta
Khazanah pada mulanya melabur RM27 juta ke dalam FashionValet pada 2018 manakala PNB memasukkan RM20 juta.
Pelaksanaan sijil pematuhan cukai secara rintis diperluas hingga 31 Mac 2025
TCC akan menjadi dokumen yang diwajibkan pada peringkat tawaran perolehan serta memenuhi obligasi dan patuh kepada undang-undang percukaian negara.