Ketika Malaysia hendak melangkah ke Tahun Baharu 2017, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar bahawa kerajaan akan sentiasa mengutamakan kepentingan keselamatan dan kebajikan rakyat.
Beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan polis dan angkatan tentera atas peranan besar mereka dalam mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan sambil memberi jaminan kerajaan akan terus berwaspada berhubung hal-hal keselamatan.
"Kita menghadapi serangan pertama berkaitan Daesh pada Jun, dan hanya semangat dan dedikasi anggota polis dan tentera yang berani yang tidak mengenal erti penat menghalang insiden seperti itu daripada terus berlaku," kata beliau dalam Perutusan Tahun Baharu 2017.
Perdana Menteri berkata kerajaan dan pasukan keselamatan akan terus melindungi Sabah terutama di Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, daripada ancaman oleh kumpulan pengganas dan penculik.
Mengenai peranannya di pentas antarabangsa, beliau berkata Malaysia tidak akan memencilkan diri daripada bersuara dan akan memainkan peranan aktif bagi membangkitkan isu-isu global yang penting.
Perdana Menteri menarik perhatian kepada isu etnik Rohingya dan usaha mencari keamanan di Timur Tengah termasuk soal Palestin sebagai contoh bagi peranan yang dimainkan Malaysia.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pertumbuhan Malaysia harus dikekalkan dan dikongsi secara sama rata.
Justeru, beliau menegaskan bahawa projek-projek infrastruktur berskala besar di seluruh neghara akan membantu kerajaan mencapai matlamat ini.
Najib berkata, pelaksanaan projek-projek seperti projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petroki-mia (RAPID) di Pengerang, Johor, Lembah wawasan Malaysia (MVV), Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX), Lebuh Raya Pan Borneo, Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan mewujudkan peluang pekerjaan, merangsang ekonomi negara dan meningkatkan kehidupan rakyat.
"Lebuh Raya Pan Borneo contohnya, bukan sahaja akan menghubungkan Serundong di Sabah dengan Semantan di Sarawak tetapi juga membantu membangunkan semula bandar-bandar di sepanjang laluan lebuh raya," kata beliau.
"Saya berazam untuk menyaksikanm kejayaan projek-projek ini kerana saya tahu banyak komuniti, yang telah saya lawati, akan mendapat manfaat daripadanya," kata Najib.
Perdana Menteri juga menyentuh mengenai fasa satu MRT yang dilancarkan baru-baru ini yang berjalan mengikut jadual dan di bawah bajet - dan fasa tiga LRT yang sudah pun bermula.
"Malaysia sangat-sangat memerlukan infrastruktur baharu ini, dan kemudahan ini sepatutnya telah dibina lama dahulu," katanya.
Perdana Menteri juga memberi penghormatan kepada semua rakyat Malaysia kerana menyokong pasukan Malaysia pada Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik.
"Walaupun semua atlet kita memang layak diberi pujian tetapi memenangi dua pingat emas pertama adalah satu pencapaian yang bersejarah dan menyentuh hati semua rakyat Malaysia," kata Najib.
"Semangat wira-wira sukan mungkin telah dicapai di Rio de Janeiro, tetapi saya turut berbangga bahawa semua rakyat Malaysia - baik di bandar-bandar mahupun kampung di seluruh pelusuk negara - bersatu untuk menyokong pasukan kebangsaan. Ia benar-benar mencerminkan 1Malaysia," kata Najib.
Beliau menarik perhatian bahawa detik itu menggambarkan siapa rakyat Malaysia apabila mereka melakar pencapaian terbaik.
"Kejayaan seperti itulah yang harus kita capai ketika kita melihat ke masa depan, ke arah mencapai dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan matlamat yang negara berhasrat untuk mencapainya menjelang pertengahan abad ini.
"Sebuah negara yang yakin dengan dirinya, meraikan kepelbagaian, berbangga dengan kejayaan dan sentiasa berusaha untuk memastikan kita semua adalah sebahagian penuh daripada perjalanan besar yang dilalui Malaysia," katanya.
Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan pelantikan SultanKelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan menzahirkan penghargaan kepada Tuanku Abdul Halim ibni Almarhum Sultan Badlishah atas pemerintahan cemerlang baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. -- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 31 2016
![Keselamatan, kebajikan rakyat sentiasa diutamakan - PM Najib Keselamatan, kebajikan rakyat sentiasa diutamakan - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51469792296_DSNajibRazakMT.jpg)
Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar bahawa kerajaan akan sentiasa mengutamakan kepentingan keselamatan dan kebajikan rakyat. - Gambar fail
![Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721208356_Bangkokhotel.jpg)
Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Polis percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, adalah dalang di sebalik tragedi itu.
![Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679899391_MASHUP.jpg)
Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi
Tiada dokumen yang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720605165_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor
Datuk Hussein Omar Khan berkata antara saksi yang dirakam keterangan mereka termasuklah rakan Allahyarham Nur Farah Kartini, rakan sekerja suspek dan saksi awam.
![27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal 27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721213446_HngMooiLye.jpg)
27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal
Tiada tindakan lanjut dapat diambil termasuk siasatan punca kematian haiwan berkenaan kerana kelewatan melaporkan insiden itu.
![Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721019915_JoeBiden.jpg)
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Biden sebelum ini berkata keadaan kesihatannya tidak memerlukan pemeriksaan tambahan, tetapi beliau bersedia jika doktor memintanya.
![Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696910524_PUTRAPERDANA.jpg)
Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
![MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721211871_MCMCKomenJelik.jpg)
MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif
Secara keseluruhan enam suspek disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen di platform media sosial
![Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi 38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721211198_BNPLabs.jpg)
38 makmal dianugerah status BNP Labs, usaha perkasa usahawan dan keupayaan inovasi
38 buah makmal dianugerahkan status Bionexus Partners Laboratories (BNP Labs) ke arah memperkasakan keusahawanan dan keupayaan inovasi dalam industri bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia.
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
![RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81659165712_najibRazak.jpg)
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
![Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656343359_TajuddinAbdulRahma.jpg)
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
![Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637394347_Anwarluncurjentera.jpg)
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
![Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613712844_Najibrazakeksklus.jpg)
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
![Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41574158887_TBALIHAMSA.jpg)
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
![Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71567585537_TBNAJIB.jpg)
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
![Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71549965755_WILLIAMBOURDON.jpg)
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
![Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71549900493_Scorpene.jpg)
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
![Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81542877319_AnwarNajib.jpg)
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
![Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81539495867_NajibRazakMahkamah.jpg)
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.