Portfolio kesejahteraan bandar kini diletakkan di bawah seliaan Kementerian Wilayah, kata menteri berkenaan Khalid Abdul Samad.
Di bawah pentadbiran sebelum ini, ia berada di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang kini dikenali sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Selain pertambahan portfolio itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Pusat Pungutan Zakat-MAIWP juga berada di bawah kementerian saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya Pakatan Harapan Parlimen Shah Alam di sini hari ini.
Diminta mengulas lanjut mengenai peranan portfolio kesejahteraan bandar dalam kementeriannya, Khalid berkata perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat bersama Ketua Setiausaha kementerian dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Khalid turut mengulangi gesaan agar Anggota Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dilantik atas tiket UMNO meletakkan jawatan masing-masing berbanding berdepan tindakan dipecat.
Khalid berkata kesemua individu berkenaan seharusnya memahami sendiri kedudukan mereka berikutan kerajaan telah bertukar.
Kata Anggota Parlimen Shah Alam itu, meletak jawatan tidak mempunyai prosedur yang rumit kerana ia hanya memerlukan surat peletakan jawatan sahaja tanpa perlu menunggu hingga tamat tempoh lantikan.
"Namun sekiranya mereka menyatakan (perlu) mengikut prosedur, ia hanya alasan semata-mata. Kita tidak mahu mengambil tindakan memecat kerana hendak menjaga maruah mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 07 2018
![Kesejahteraan Bandar kini di bawah Kementerian Wilayah - Khalid Kesejahteraan Bandar kini di bawah Kementerian Wilayah - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/51491813265_KhalidSamad.jpg)
Khalid berkata kesemua individu yang dilantik atas tiket UMNO seharusnya memahami sendiri kedudukan mereka berikutan kerajaan telah bertukar.
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![PM Anwar ke Istana Negara 2.30 petang ini PM Anwar ke Istana Negara 2.30 petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669287520_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar ke Istana Negara 2.30 petang ini
Perdana Menteri juga akan mengadakan sidang media mengenai rombakan Kabinet pada pukul 11 pagi ini.
![Residensi Prihatin sedia 12,000 unit rumah pada harga RM200,000 Residensi Prihatin sedia 12,000 unit rumah pada harga RM200,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612162651_AnnuarMusa.jpg)
Residensi Prihatin sedia 12,000 unit rumah pada harga RM200,000
Annuar berkata, skim baharu itu akan menawarkan harga RM200,000 bagi setiap unit rumah meliputi tiga bilik dan dua bilik air.
![Pusat tahfiz perlu daftar dengan DBKL, Jawi sebelum 31 Dis Pusat tahfiz perlu daftar dengan DBKL, Jawi sebelum 31 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61537975701_KhalidAbdSamad.jpg)
Pusat tahfiz perlu daftar dengan DBKL, Jawi sebelum 31 Dis
Ia bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz berada dalam keadaan baik.
![Kesejahteraan Bandar kini di bawah Kementerian Wilayah - Khalid Kesejahteraan Bandar kini di bawah Kementerian Wilayah - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/51491813265_KhalidSamad.jpg)
Kesejahteraan Bandar kini di bawah Kementerian Wilayah - Khalid
Di bawah pentadbiran sebelum ini, ia berada di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang kini dikenali sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
![Ops BAH: Perjudian haram di pusat hiburan berjaya ditumpaskan Ops BAH: Perjudian haram di pusat hiburan berjaya ditumpaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61461997425_OpsBah.jpg)
Ops BAH: Perjudian haram di pusat hiburan berjaya ditumpaskan
Aktiviti perjudian yang dilakukan di pusat hiburan akhirnya terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa pada Sabtu pagi.