Produktiviti kakitangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bertambah baik selepas dua tahun pelaksanaan inisiatif keseimbangan kerja dan kehidupan.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kakitangan kementeriannya boleh memilih sama ada hadir dan pulang lewat atau menambah jam bekerja setiap hari bagi penambahan cuti rehat.
"Kita terbuka kepada semua pegawai lelaki dan wanita untuk memilih. Apabila dia masuk kerja lambat, bermakna dia perlu balik lambat sebab waktu kerja satu hari tiada kompromi, mesti ikut arahan am, jadi ia tidak akan bercanggah.
"Dia boleh masuk lambat supaya memberi masa dia mengemaskan rumah, menyiapkan anak-anak, memasak, menghantar ke taska dan sebagainya supaya apabila sudah selesai semua itu, dia pergi kerja dengan rasa yang tenteram.
"Satu lagi, dia padatkan jam bekerja untuk satu minggu kepada empat hari. Jadi dia ada tambahan satu hari untuk lebih masa bersama keluarga. Dia padatkan 38 jam lebih tu menjadi empat hari dan dia dapat cuti hujung minggu yang panjang," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI di pejabatnya, di sini, Selasa.
Rohani turut mengakui produktiviti kakitangan kementeriannya bertambah baik apabila dapat meluangkan masa yang lebih untuk bersama keluarga.
Tambahnya, pekerja pada masa kini sukar untuk mendapat keseimbangan di antara kerjaya dan kehidupan.
Justeru, majikan seharusnya mencari inisiatif dalam memberi keseimbangan tersebut dan pada masa sama meningkatkan produktiviti.
"Sebenarnya, kami (KPWKM) telah dua tahun mempraktikkan 'work-life balance' menerusi waktu kerja anjal.
"Prinsip saya adalah saya memerlukan pegawai kerajaan saya -- tidak kira lelaki dan wanita -- supaya menjadi pekerja yang terbaik, dan pada masa sama menjadi emak ayah yang terbaik.
"Jadi bukan mudah untuk mendapat 'work-life balance', jadi kita kena permudahkan sebagai majikan yang bertanggungjawab," katanya.
Katanya langkah itu merupakan cara terbaik dalam merealisasikan seruan yang sering diutarakan kementeriannya yang mahu semua ibu bapa menjalankan tanggungjawab yang terbaik kepada keluarga.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Sep 06 2016
Rohani mengakui keseimbangan kerja dan kehidupan menjadikan produktiviti kakitangan kementeriannya bertambah baik. -Foto Astro AWANI / Harits Asyraf Hasnan
[KOLUMNIS] Reformasi perkhidmatan awam tunjang agenda MADANI
Ternyata bahawa reformasi perkhidmatan awam bukan lagi sekadar proses teknikal tetap ia adalah satu seruan nasional.
Sembilan jajahan di Kelantan dijangka dilanda banjir
Khamis lalu, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.
Menurut JPS, jajahan yang dijangka terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Bersama wakil Astro AWANI di Kelantan, Muahafandi Muhamad untuk perkembangannya.
Menurut JPS, jajahan yang dijangka terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Bersama wakil Astro AWANI di Kelantan, Muahafandi Muhamad untuk perkembangannya.
Masalah teknikal mungkin punca nahas pesawat di Muan - Pihak berkuasa
Kerosakan pada fungsi gear pendaratan dipercayai menjadi punca pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan.
Tren My Sawasdee Edisi Penang mula operasi hari ini
Pengenalan laluan baharu itu memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati perjalanan yang selesa tanpa perlu menukar tren.
8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler
Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Mersing Jalan Mersing Nitar dekat Felda Nitar 1, Mersing pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-CV
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelindan lori tersepit disahkan maut
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali, berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kemalangan.
[TERKINI] 28 maut akibat pesawat Jeju Air terhempas
Sekurang-kurangnya 28 orang maut selepas sebuah pesawat terbang keluar dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan.
Kepungan Israel di utara Gaza ancam nyawa 75,000 rakyat Palestin - WHO
Sejak awal Oktober 2024, WHO mengesahkan sekurang-kurangnya 50 serangan terhadap kemudahan kesihatan.
RUU588: Mengekang atau melindungi?
RUU 588 tidak bertujuan menyekat kebebasan media atau kreativiti pengamal media, tetapi lebih kepada melindungi rakyat daripada penyalahgunaan platform digital.
Ada padah muat naik gambar anak di media sosial
Keterujaan ibu bapa memuat naik gambar anak mereka di media sosial boleh mengundang padah.
Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia 2016 di tahap sederhana
Skor Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia (IKK) 2016 berada di tahap sederhana dengan mencatatkan nilai skor 7.33 daripada skala maksimum 10, kata Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Akta Pekerja Sosial jamin kompetensi, profesionalisme pekerja sosial - Rohani
Akta Pekerja Sosial akan diperkenalkan bagi menjamin kompetensi dan profesionalisme pekerja sosial untuk melaksanakan kerja-kerja sosial dalam pelbagai bidang keperluan.
BR1M pelengkap kepada bantuan kewangan kumpulan sasar KPWKM - Rohani
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah pelengkap kepada bantuan yang diberikan kepada kumpulan sasar KPWKM, kata Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Keseimbangan kerja, kehidupan buat kakitangan KPWKM lebih produktif - Rohani
Katanya, pekerja sukar untuk mendapat keseimbangan antara kerja dan kehidupan di mana majikan seharusnya mencari inisiatif tersebut.
Pekeliling penambahbaikan kemudahan cuti menjaga anak akan dikeluarkan - Rohani
Satu pekeliling akan dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menjelaskan mengenai pengumuman penambahbaikan kemudahan cuti menjaga anak.
JKM hantar empat laporan ke Sweden
Empat laporan mengenai perkembangan anak-anak pasangan yang ditahan di Sweden telah dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada Jabatan Perkhidmatan Sosial Sweden.