Beberapa kesatuan sekerja mahu kerajaan mengadakan dialog bagi membincangkan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) membabitkan isu pekerja.
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) Mohamed Shafie BP Mammal berkata ini kerana maklumat mengenai TPPA masih samar kerana tidak dikeluarkan dengan lengkap.
TPPA mempunyai beberapa klausa yang akan memberi kesan kepada rakyat dan negara terutamanya kepada para pekerja, antaranya kemasukan pekerja asing, katanya.
"Banyak isu pekerja tidak dinyatakan seperti gaji minimum, jumlah waktu bekerja, kemudahan dan hak wanita mengandung, perlindungan kesatuan sekerja dan sebagainya...ini semua sepatutnya dimasukkan dalam TPPA," katanya.
Beliau berkata penetapan standard buruh yang minimum perlu dilaksanakan dan diambil perhatian serius, selain isu perdagangan.
Mohamed Shafie berkata ia masih belum terlambat untuk kerajaan memastikan hak pekerja dilindungi dan ditambah baik berikutan perjanjian itu masih dalam proses perundangan dan mendapat kelulusan di setiap negara peserta TPPA.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N. Gopal Kishnam pula mempersoalkan kenapa tiada perlindungan dan usaha untuk mempromosikan aktiviti yang dilakukan kesatuan sekerja dalam perjanjian itu.
"Apabila urus niaga perdagangan dipermudahkan di antara negara yang menandatangani TPPA kenapa tidak memudahkan menubuhkan kesatuan sekerja?," katanya.
Gopal mendakwa TPPA seolah-olah mengurangkan peranan kesatuan sekerja kerana isu melibatkan perniagaan dan pelaburan lebih jelas berbanding isu buruh yang kurang lengkap.
"MTUC bimbang Malaysia mungkin terpaksa meminda hak-hak pekerja demi mengikut terma yang ditetapkan TPPA, maka kerajaan harus bersikap tegas dengan tidak membenarkan syarikat asing meletakkan pelbagai peraturan yang menjejaskan golongan pekerja di Malaysia," katanya.
Ditanya mengenai kelonggaran diberikan kepada pekerja asing untuk memegang jawatan dalam kesatuan sekerja sekiranya TPPA dipersetujui, Gopal berkata ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana pekerja asing juga akan melindungi dan mewakili rakan sekerja mereka.
"Apa yang berlaku sekarang ialah majikan tidak membenarkan pekerja warga asing menjadi ahli dan memegang sebarang jawatan dalam kesatuan sekerja kerana Jabatan Imigresen tidak membenarkannya," katanya.
Beliau berkata MTUC tidak membantah pekerja warga asing menganggotai kesatuan sekerja dan mengalu-alukannya tetapi dengan syarat ia tidak menjejaskan pekerja tempatan kelak.
Bagi Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Malaysia (TWU) Tan Sri Zainal Rampak, langkah terbaik yang perlu dibuat kerajaan ialah mendedahkan maklumat lengkap mengenai TPPA kepada orang ramai dan mendapatkan maklum balas kerana penjelasan yang dibuat setakat ini tidak menyeluruh.
Malaysia dan 11 negara lain iaitu Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam, telah berjaya menyelesaikan rundingan mengenai TPPA pada 5 Oktober di Atlanta, Georgia (Amerika Syarikat).
Antara perkara yang terlibat dalam perjanjian itu adalah isu buruh.
Menurut laman sesawang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengenai TPPA, antara perjanjian itu ialah ia tidak memberi hak bagi kemasukan buruh asing, termasuk profesional.
Malah ia akan dikawal oleh undang-undang dan peraturan yang terdapat di Malaysia serta tertakluk kepada keperluan industri.
Selain itu, kerajaan akan terus memberi keutamaan terhadap peluang pekerjaan untuk pekerja tempatan.
Menurut MITI, bab mengenai buruh dalam TPPA mengandungi disiplin yang memperjuangkan kebajikan serta hak pekerja, termasuk klausa berkaitan gaji minimum dan keselamatan serta kesihatan pekerjaan, yang telahpun dilaksanakan Malaysia.
Bernama
Sun Nov 08 2015

Masih belum terlambat untuk kerajaan memastikan hak pekerja dilindungi dan ditambah baik berikutan perjanjian itu masih dalam proses perundangan.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.

KSM akan pinda proses pengiktirafan kesatuan sekerja
Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan membuat beberapa pindaan bagi proses pengiktirafan terhadap kesatuan sekerja untuk memberi ruang kepada pekerja memperjuangkan hak mereka dan mendapat keadilan.

Badan kebajikan pekerja minta tambah baik undang-undang dan hak pekerja
Badan sosial dan kebajikan tenaga pekerja meminta kerajaan supaya melaksanakan penambahbaikan perundangan buruh di negara ini selepas pandemik COVID-19.

Hari Pekerja: Teliti langkah penambahbaikan, beri impak menyeluruh - MTUC
Masih ramai pekerja yang tidak tahu hak mereka, justeru sambutan Hari Pekerja beri platform bangkit isu berkaitan.

PRU15: Majikan tidak benar pekerja keluar mengundi berdepan tindakan
Majikan perlu memberi kelonggaran kepada pekerja masing-masing untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, atau berdepan tindakan.

Ribuan sertai protes bantah Undang-undang Cipta Kerja Indonesia
Kelulusan undang-undang itu membabitkan semakan semula ke atas lebih 70 undang-undang sedia ada.

Nasib penghantar makanan Foodpanda dibincang Kabinet hari ini - Syed Saddiq
Syed Saddiq menyifatkan keputusan dibuat syarikat penghantar makanan dalam talian tersebut sebagai terburu-buru.

Kesatuan sekerja mahu kerajaan adakan dialog mengenai TPPA
Beberapa kesatuan sekerja mahu kerajaan mengadakan dialog bagi membincangkan isu pekerja dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).