Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa sama ada seseorang itu Islam atau tidak, ia adalah perkara di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah untuk menentukannya.
Dalam penghakiman bertulis 34 muka surat, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Balia Yusof Wahi berkata penentuan kesahihan penukaran mana-mana orang kepada Islam, adalah isu agama semata-mata.
Beliau berkata peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengisytiharkan status seseorang Islam.
"Untuk membenarkan Mahkamah Tinggi (Sivil) mengkaji semula keputusan mengenai perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah adalah bercanggah dengan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dan tidak selaras dengan prinsip semakan kehakiman," katanya.
Berdasarkan keputusan majoriti 2-1, panel Mahkamah Rayuan yang disidangi oleh tiga anggota pada 30 Dis tahun lalu menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan sijil penukaran agama tiga orang anak seorang guru Tadika M. Indira Gandhi.
Bekas suami guru tadika itu, seorang mualaf K. Pathmanathan menukarkan agama ketiga-tiga orang kanak-kanak tersebut ketika mereka masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan pada April 2009 selepas dia (Pathmanathan) memeluk Islam. Ketiga-tiga kanak-kanak itu sekarang masing-masing berusia 18, 17 dan tujuh tahun.
Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid bersetuju dengan Hakim Balia manakala Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer mempunyai pendapat yang bertentangan.
Hakim Balia berkata dalam kes Siti Hasnah Vangarama yang juga membabitkan penukaran agama kanak-kanak kepada Islam, Mahkamah Persekutuan pada 2014 memutuskan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menentukan sama ada seorang menganuti agama Islam atau tidak dan menentukan kesahihan penukaran agama tersebut.
Beliau berkata keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh mengisytiharkan bahawa penukaran agama tiga orang kanak-kanak adalah batal dan tidak sah merupakan satu pelanggaran Seksyen 50 (3) (b) (x) Enakmen Perak yang menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah di bawah bidang kuasa sivil, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding semua pihak berkaitan perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi Islam dan pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu beragama Islam.
Beliau berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam menangani perkara tersebut untuk beliau memutuskan mengenai kesahihan proses penukaran agama dan mentafsir peruntukan mengenai kebebasan asas di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Hakim Balia berkata perkara utama dalam saman sivil itu adalah jelas di luar kompetensi perundangan Mahkamah Tinggi, dan menambah bahawa Mahkamah Tinggi telah terlepas pandang dan gagal mengambil kira peruntukan Seksyen 101 Enakmen Perak yang mengisytiharkan sijil penukaran menjadi bukti muktamad fakta yang dinyatakan dalam sijil.
Beliau berkata sijil penukaran agama kanak-kanak tersebut bertajuk 'Perakuan Memeluk Islam' yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak menunjukkan bahawa isu penukaran agama telah ditangani dan orang yang dinamakan dalam dokumen telah didaftarkan dalam Daftar Mualaf.
"Pandangan oleh responden (Indira Gandhi) bahawa tindakan Pendaftar Mualaf mengeluarkan sijil penukaran agama adalah berupa satu tindakan pentadbiran dan dengan itu membolehkan semakan kehakiman dibuat.
"Pada pandangan kami, jika tiada apa-apa keterangan yang bertentangan dan ketiadaan apa-apa cabaran kepada perakuan tersebut yang perlu dilakukan atau diambil di Mahkamah Syariah, sijil tersebut tetap baik," kata Hakim Balia.
Hakim Balia berkata Mahkamah Tinggi tidak mempunyai hak untuk menentukan sama ada keperluan penukaran di bawah Seksyen 96 dan 106 Enakmen Perak itu telah dilanggar memandangkan ia tidak mempunyai kuasa untuk menangani isu kesahihan penukaran Islam yang termaktub di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.
Dalam penghakiman menentang setebal 74 muka surat, Hakim Hamid Sultan berkata Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang melarang mahkamah sivil daripada menangani perkara-perkara di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, tidak terpakai kepada keputusan pentadbiran yang dibuat oleh badan-badan kerajaan negeri atau agensi atau pegawainya.
Beliau berkata sijil penukaran agama Pendaftar Mualaf yang dikeluarkan kepada kanak-kanak tersebut tidak ada kena mengena dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Katanya Pendaftar Mualaf adalah di bawah naungan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan keputusannya adalah satu pentadbiran keputusan yang mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengarnya.
Hakim Hamid Sultan berkata Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Pathmanathan (yang nama Islamnya ialah Muhammad Riduan Abdullah) apabila dia menamakan bekas isterinya Indira Gandhi, seorang bukan Islam sebagai defendan.
Beliau berkata sijil penukaran agama kanak-kanak tersebut adalah terbatal dan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan pentadbiran adalah betul, sambil menambah bahawa kanak-kanak tersebut mesti mengucap 'Dua Kalimah Syahadah', yang tidak dilakukan mereka.
Katanya jika isu yang hendak diputuskan melibatkan seorang Islam dan bukan Islam, bidang kuasa tidak terletak di bawah Mahkamah Syariah dan kewarasan akal akan menunjukkan bahawa ia terletak di bawah Mahkamah Sivil dan bahawa perundangan yang berbelit-belit tidak akan membantu.
Bernama
Tue Jan 05 2016

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Balia Yusof Wahi berkata penentuan kesahihan penukaran mana-mana orang kepada Islam, adalah isu agama semata-mata. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Betta fish nombor syatu! Ayda Jebat dinobat juara The Masked Singer Malaysia 3
Betta Fish atau figura sebenarnya, penyanyi Ayda Jebat diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3).

Masalah Malaysia ialah pemimpin utama terlebih kuasa - Nazir Razak
Penumpuan kuasa perlu diagihkan supaya tidak wujud ruang dan peluang untuk sebarang penyalahgunaan.

BCorp dapat kontrak bangunkan hotel mewah di Jepun
BCorp menjangka projek itu dengan hotel mewah serta akuarium yang menggabungkan teknologi digital terkini dan kehidupan laut sebenar akan membawa tenaga dan kemakmuran kepada bandar Yokohama.

KTMB bakal perkenal koc kelas perniagaan bagi ETS2
Koc kelas perniagaan eksklusif itu, satu daripada enam gerabak ETS2 direka khas, sebagai pilihan untuk penumpang yang mahukan kelainan tersendiri ketika menaiki perkhidmatan tren itu.

Astro umum kerjasama eksklusif dengan iQIYI
Di bawah perkongsian itu, Astro mempunyai hak eksklusif untuk mempersembahkan kandungan iQIYI menerusi televisyen, On Demand dan OTT.

DBP ambil pendekatan inklusif martabatkan Bahasa Melayu - Ketua Pengarah
Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata pada masa ini DBP dilihat terlalu eksklusif untuk orang Melayu dan seolah-olah menutup pintu kepada orang bukan Melayu.

Dr Mahathir saksikan koleksi Dunia Islam Muzium British
Galeri Dunia Islam Yayasan Albukhary yang mengetengahkan artifak kesenian Islam, sedang dalam pembinaan dan akan dibuka kepada umum pada 18 Okt ini.

'Jangan sekat pemilikan hartanah oleh warga asing di Johor sahaja'
Sebaliknya, ia haruslah mencerminkan dasar sebenar kerajaan secara umum terhadap hartanah milikan asing di Malaysia keseluruhannya.

Bijan, untuk yang 'ada-ada' sahaja
Namanya mungkin tidak begitu dikenali, namun jangan terpedaya kerana ia sebuah jenama dengan nilai yang sangat tinggi.

Kesahihan penukaran agama kepada Islam kuasa eksklusif Mahkamah Syariah
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa sama ada seseorang itu Islam atau tidak, ia adalah perkara di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah untuk menentukannya.