Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berpeluang menyaksikan prebiu eksklusif koleksi Galeri Dunia Islam Yayasan Albukhary di Muzium British pada Ahad.
Galeri Dunia Islam Yayasan Albukhary yang mengetengahkan artifak kesenian Islam, sedang dalam pembinaan dan akan dibuka kepada umum pada 18 Okt ini.
Galeri baharu di muzium ini memaparkan pelbagai koleksi kesenian Islam secara menyeluruh melalui seni dan budaya material.
Ia mempamerkan objek yang memberi gambaran mengenai pertukaran budaya melibatkan kawasan bermula dari Nigeria hingga ke Indonesia, dari abad ke-7 hingga sekarang.
"Ia mengetengahkan jalinan hubungan global merentasi wilayah dari Afrika Barat ke Asia Tenggara dan mencerminkan kaitan antara zaman purba, pertengahan dan moden," demikian menurut kenyataan Muzium British.
Galeri ini disokong oleh Yayasan Albukhary dan Muzium Kesenian Islam yang berpangkalan di Malaysia.
Turut hadir pada prebiu eksklusif itu ialah hartawan Malaysia Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, yang terkenal sebagai seorang dermawan.
Pengarah Muzium British Hartwig Fisher dalam kenyataan berkata Galeri Dunia Islam Yayasan Albukhary membenarkan muzium itu mempamerkan koleksi berkelas dunia untuk menghebahkan tentang Islam yang lebih universal dalam konteks global.
Sementara itu Syed Mokhtar Albukhary yang juga Pengerusi Yayasan Albukhary berterima kasih kepada Muzium British atas kejayaan kerjasama itu yang bertujuan menampilkan konvergens dan diverjens Islam.
"Dalam konteks globalisasi, saya berharap galeri baharu ini akan menarik pengunjung pelbagai budaya dan menyumbang kepada pemahaman sejarah, kesenian dan kebudayaan dunia Islam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 01 2018

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meninjau secara eksklusif Koleksi Dunia Islamik di Galeri Al Bukhari British Muzium London, 30 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Betta fish nombor syatu! Ayda Jebat dinobat juara The Masked Singer Malaysia 3
Betta Fish atau figura sebenarnya, penyanyi Ayda Jebat diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3).

Masalah Malaysia ialah pemimpin utama terlebih kuasa - Nazir Razak
Penumpuan kuasa perlu diagihkan supaya tidak wujud ruang dan peluang untuk sebarang penyalahgunaan.

BCorp dapat kontrak bangunkan hotel mewah di Jepun
BCorp menjangka projek itu dengan hotel mewah serta akuarium yang menggabungkan teknologi digital terkini dan kehidupan laut sebenar akan membawa tenaga dan kemakmuran kepada bandar Yokohama.

KTMB bakal perkenal koc kelas perniagaan bagi ETS2
Koc kelas perniagaan eksklusif itu, satu daripada enam gerabak ETS2 direka khas, sebagai pilihan untuk penumpang yang mahukan kelainan tersendiri ketika menaiki perkhidmatan tren itu.

Astro umum kerjasama eksklusif dengan iQIYI
Di bawah perkongsian itu, Astro mempunyai hak eksklusif untuk mempersembahkan kandungan iQIYI menerusi televisyen, On Demand dan OTT.

DBP ambil pendekatan inklusif martabatkan Bahasa Melayu - Ketua Pengarah
Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata pada masa ini DBP dilihat terlalu eksklusif untuk orang Melayu dan seolah-olah menutup pintu kepada orang bukan Melayu.

Dr Mahathir saksikan koleksi Dunia Islam Muzium British
Galeri Dunia Islam Yayasan Albukhary yang mengetengahkan artifak kesenian Islam, sedang dalam pembinaan dan akan dibuka kepada umum pada 18 Okt ini.

'Jangan sekat pemilikan hartanah oleh warga asing di Johor sahaja'
Sebaliknya, ia haruslah mencerminkan dasar sebenar kerajaan secara umum terhadap hartanah milikan asing di Malaysia keseluruhannya.

Bijan, untuk yang 'ada-ada' sahaja
Namanya mungkin tidak begitu dikenali, namun jangan terpedaya kerana ia sebuah jenama dengan nilai yang sangat tinggi.

Kesahihan penukaran agama kepada Islam kuasa eksklusif Mahkamah Syariah
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa sama ada seseorang itu Islam atau tidak, ia adalah perkara di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah untuk menentukannya.