PUTRAJAYA: Selepas selesai menjalani hukuman penjara selama tiga tahun, lima bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang disabitkan atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu, menarik balik rayuan, di Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa.
Semua tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Bagaimanapun, mereka kekal dipenjara kerana berdepan dengan sabitan dan hukuman penjara 18 tahun bagi tuduhan mencederakan tanpa niat membunuh Zulfarhan.
Ketika prosiding hujahan rayuan, di hadapan tiga panel hakim diketuai Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail, peguam, Amer Hamzah Arshad yang mewakili dua daripada lima tertuduh itu berkata, penarikan rayuan dibuat kerana bersifat akademik atau tidak lagi relevan.
Perkara itu tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, K Mangai selaku responden.
Hadhariah yang turut bersidang bersama Hakim, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin secara sebulat suara kemudiannya merekodkan pembatalan permohonan tersebut.
“Mahkamah membatalkan rayuan kelima-lima perayu (bekas penuntut UPNM terbabit),” kata Hadhariah.
Prosiding diteruskan dengan pendengaran rayuan silang pihak pembelaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap 12 lagi bekas penuntut universiti itu yang didapati bersalah atas pertuduhan mencederakan Zulfarhan.
Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.
Pada 2 November 2021, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah (kini Hakim Mahkamah Rayuan), menjatuhi enam penuntut hukuman penjara 18 tahun atas tuduhan mencederakan tanpa niat membunuh terhadap Zulfarhan, empat tahun lalu.
Enam tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Dalam pada itu, lima daripada enam tertuduh (kecuali Mohamad Shobirin) dikehendaki menjalani hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.
Bagaimanapun mahkamah memerintahkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap iaitu 1 Jun 2017.
Lima lelaki itu sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, sementara Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.
Hakim mendapati semua tertuduh itu bersalah atas pertuduhan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan tanpa niat membunuh, mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan dikenakan denda jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian.
Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 21 Mei 2017 dan 22 Mei 2017.
Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 14 2024

Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. - Gambar fail

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.

Kes Zulfarhan: Lima bekas penuntut UPNM tarik balik rayuan
Semua mereka kekal dipenjara kerana berdepan dengan sabitan dan hukuman penjara 18 tahun bagi tuduhan mencederakan tanpa niat membunuh Zulfarhan.