SUBANG JAYA: Polis menafikan pihaknya lambat bertindak berhubung siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mayatnya dijumpai di kawasan sungai di Damansara Damai, Petaling Jaya, Disember tahun lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua pihak boleh menilai sendiri berdasarkan liputan yang dibuat secara meluas sepanjang siasatan dijalankan.
"Dari hari pertama laporan diterima, semua pihak bertungkus lumus dengan usaha yang kita buat.
"Pihak polis sudah buat yang terbaik, malah kita secara terbuka maklumkan perkembangan siasatan.
"Kita juga ada uar-uarkan mana-mana pihak mempunyai maklumat untuk tampil membantu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada Khamis.
Beliau berkata, siasatan teknikal yang dijalankan telah menemui data-data berkait alamat protokol internet (IP Address) di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan.
Bagaimanapun kata beliau, alamat IP itu tidak membantu serta tidak konklusif ke arah satu individu.
"Semua sudut kita sudah jalankan, namun ada perkara yang kita tidak boleh dedahkan.
"Kita sudah melihat semua sudut dan kita juga menggunakan semua aset yang kita ada termasuk meminta bantuan daripada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk keputusan kesan cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA), namun keputusannya negatif bagi mengesan suspek," ujarnya.
Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring mengiring di anak sungai berhampiran Blok R, Apartment Idaman, Petaling Jaya selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan mangsa.
Kes itu diklasifikasi bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pelbagai pencarian bahan bukti dilakukan pihak polis di sekitar Apartment Idaman di sini termasuk mengumpul 248 sampel DNA individu dan merakam keterangan saksi yang terdiri daripada ahli keluarga, guru dan penduduk flat berkenaan.
Dalam pada itu, Februari lalu, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Selangor menawarkan ganjaran wang berjumlah RM20,000 kepada mana-mana pihak yang membantu polis sehingga tertangkapnya pembunuh Zayn Rayyan.
Sehingga ke hari ini, pembunuh kanak-kanak autisme itu masih belum ditangkap, namun pihak polis masih menjalankan siasatan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 21 2024
Hussein (kiri) berkata, semua pihak boleh menilai sendiri berdasarkan liputan yang dibuat secara meluas sepanjang siasatan dijalankan. Gambar kecil: Zayn Rayyan
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.
Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam
Bagi Pragalathen seni menghasilkan kavadi yang rumit dan berwarna-warni itu, bukan sekadar perniagaan semata-mata tetapi lebih kepada hobi dan minat yang mendalam.
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mengikut keadaan semasa mulai tengah malam Ahad ini sehingga 14 Feb, sempena sambutan Thaipusam.
Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu
Polis merakam keterangan dua individu daripada pengurusan tertinggi sebuah universiti awam tempatan berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan membabitkan bekas Naib Canselor UKM.
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan.
Polis sahkan terima laporan bekas Naib Canselor UKM
Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Naib Canselor UKM Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan yang dilontarkan kepadanya.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
Polis buru saki baki suspek kes tembak di Tanjung Rhu, Banting
Polis berusaha mengesan dan memburu saki baki kumpulan warga asing yang bertindak menyerang anggota Maritim Malaysia di perairan Tanjung Rhu, Banting.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Tipu umrah: Polis kesan terdapat unsur penipuan
Polis mengesan terdapat unsur penipuan berhubung kes sebuah syarikat yang didakwa melakukan penipuan pakej umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta.