KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat penilaian harta dan tanah memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini dua bidang tanah lot di Bandar Tanjong Pinang, Pulau Pinang yang diberi milik kepada dua syarikat, Ewein Zenith Sdn Bhd dan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd oleh kerajaan negeri itu dinilai dengan harga RM300 juta.
Pengarah syarikat GE Tan Valuers Sdn Bhd (GETVSB) Tan Gaik Eng, 71, berkata syarikatnya telah menerima panggilan telefon daripada Ewein Land Sdn Bhd (ELSB) yang meminta untuk menilai harga tanah di lokasi Lot 702 dalam daerah Timur Laut, Pulau Pinang sekitar Jun 2013.
Ewein Land merupakan anak syarikat Ewein Bhd, yang dimiliki oleh pemaju hartanah, mendiang Datuk Ewe Swee Kheng.
Ewe yang sepatutnya dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-15 meninggal dunia, selepas dilaporkan terjatuh di sebuah unit kondominium mewah di Jalan Kelawei, Pulau Pinang, pada 5 Okt 2021.
Saksi pendakwaan ke-30 itu berkata beliau telah mengambil laporan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) George Town sebagai panduan untuk syarikatnya membuat penilaian dua lot tanah tersebut, selain membuat pelarasan harga antaranya dari segi lokasi, bentuk dan saiz tanah serta perancangan terhadap tanah itu sendiri.
"Saya telah menyediakan laporan penilaian untuk syarikat ELSB dan menyatakan Lot 702 dinilai dengan harga RM135 juta pada Disember 2013, berdasarkan justifikasi yang telah dinyatakan.
"Pada Jun 2015, syarikat saya sekali lagi dihubungi ELSB untuk menilai Lot 713 dan kami telah menggunakan kaedah penilaian sama sebelum mengeluarkan laporan terhadap lot tersebut yang dinilai dengan harga RM165 juta pada Januari 2016," katanya ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang berdepan empat pertuduhan membabitkan projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di negeri itu.
Berdasarkan dua pertuduhan yang dihadapinya, Lim didakwa menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang itu dilupuskan kepada dua syarikat, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Ketika disoal balas peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim, saksi itu berkata beliau tidak tahu dua lot tanah tersebut sebelum ini telah dinilai dengan harga RM80 juta oleh dua pegawai dari JPPH George Town.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan kepada Hakim Azura Alwi bahawa saksi utama pendakwaan, Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli tidak hadir ke mahkamah bagi pemeriksaan balas pada hari ini kerana mendapat cuti sakit selama empat hari bermula semalam hingga 12 Ogos ini.
Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Lim yang juga bekas Setiausaha Agung DAP, turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan bersambung 23 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
![Kes terowong dasar laut: Nilai dua lot tanah di Tanjong Pinang RM300 juta - Saksi Kes terowong dasar laut: Nilai dua lot tanah di Tanjong Pinang RM300 juta - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660121496_TBLIMGUANENG.jpg)
Lim didakwa menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang itu dilupuskan kepada dua syarikat, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu. - Gambar fail/ Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Perincian jumlah pelaburan BlackRock di Malaysia tumpuan Dewan Rakyat hari ini Perincian jumlah pelaburan BlackRock di Malaysia tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710125896_BangunanParlimen.jpg)
Perincian jumlah pelaburan BlackRock di Malaysia tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jumlah pelaburan BlackRock dan syarikat berkaitannya di Malaysia antara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
![Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718003900_SidangMediaTunMa.jpg)
Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng
Dr Mahathir berkata, beliau sudah pasti menghormati kedudukan Guan Eng sebagai ketua DAP yang ketika itu merupakan ahli gabungan kerajaan.
![Peguam kes Lim Guan Eng gagal tangguh prosiding cabar kredibiliti saksi hari ini Peguam kes Lim Guan Eng gagal tangguh prosiding cabar kredibiliti saksi hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704798556_LimGuanEng.jpg)
Peguam kes Lim Guan Eng gagal tangguh prosiding cabar kredibiliti saksi hari ini
Pasukan pembelaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng gagal dalam permohonan untuk menangguhkan prosiding.
![Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717667209_GuanEng.jpg)
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
![Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715760551_DrSitiMasturaMuh.jpg)
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
![Mahkamah Tinggi tolak permohonan batal kes rasuah Guan Eng, isteri dan Li Koon Mahkamah Tinggi tolak permohonan batal kes rasuah Guan Eng, isteri dan Li Koon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714704850_GuanEngjpg.jpg)
Mahkamah Tinggi tolak permohonan batal kes rasuah Guan Eng, isteri dan Li Koon
Permohonan itu membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.
![Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710491193_TBLIMGUANENGjp.jpg)
Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi
Saksi utama pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng memberitahu beliau tidak mendedahkan nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa memberi keterangan kepada SPRM.
![Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710491193_TBLIMGUANENGjp.jpg)
Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi
Seorang saksi mengaku di mahkamah bahawa nama Lim Guan Eng hanya ditimbulkan selepas lebih setahun kes rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan di Shah Alam, disiasat.
![Ahli Parlimen cadang kerajaan teliti impak cukai kepada rakyat Ahli Parlimen cadang kerajaan teliti impak cukai kepada rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709647177_LimGuanEng.jpg)
Ahli Parlimen cadang kerajaan teliti impak cukai kepada rakyat
Kerajaan dicadang meneliti pelaksanaan cukai di dalam negara termasuk peningkatan kadar baharu cukai perkhidmatan yang berkemungkinan memberi kesan secara langsung kepada rakyat.
![Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698919108_LimGuanEng.jpg)
Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng
Menurut saksi, beliau tidak pernah menyatakan wang RM2 juta bertujuan diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.