Isu seorang guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, yang bakal dihadapkan ke mahkamah, Selasa ini atas tuduhan mengenakan disiplin tegas terhadap seorang pelajarnya hangat diperkatakan di media sosial.
Menerusi hashtag #PrayForCikguAzizan, netizen menzahirkan solidariti dan sokongan kepada 'Cikgu Azizan' yang dilapor menampar seorang pelajar yang didakwa melakukan kesalahan disiplin berat berulang kali.
Antaranya ialah menghidu gam, bergaduh, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.
Netizen mempertahankan tindakan Azizan dan menyoal kewajaran dalam menghukum seorang guru yang hanya mengambil tindakan keras terhadap seorang pelajar yang melakukan kesalahan jenayah.
Menurut mereka, tindakan tegas mungkin pilihan terakhir guru itu dalam menangani masalah displin anak muridnya.
Tambah netizen, ia lebih baik untuk mendenda pelajar bermasalah daripada membiarkan mereka bertukar menjadi sampah masyarakat.
"Solidariti untuk Cikgu Azizan, bagaimana nak mengajar adab kepada murid sekarang bilamana guru dihadapkan ke mahkamah kerana tangkap murid hisap gam," tweet seorang netizen, @royhendra_12.
Malah, ada juga yang kecewa terhadap tindakan ibu bapa pelajar terbabit yang sanggup mendakwa Azizan di makhamah dan mengambil keputusan untuk 'tutup mata' terhadap kesalahan anak sendiri.
Pada 31 Okt lalu, Azizan telah didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama satu setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Selain itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) turut menyeru guru di seluruh negara tampil menunjukkan sokongan moral kepada Azizan.
Kohilah Sekaran
Mon Dec 18 2017
Artikel di pendidik2u.my yang menjelaskan kronologi kes Cikgu Azizan.
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Kes ditampar cikgu: Timbalan Menteri Pendidikan mahu bertemu keluarga murid
Kementerian Pendidikan akan mengadakan pertemuan dengan keluarga seorang murid berusia 11 tahun yang ditampar oleh Cikgu Azizan April lalu.
Cikgu Azizan ikut arahan JPN jika perlu pindah sekolah
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Taman Semarak, Azizan Manap memaklumkan bahawa dia menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk membuat keputusan, sama ada akan kekal atau sebaliknya.
Bapa murid kes Cikgu Azizan tidak muncul
Seramai 21 wartawan, jurugambar dan jurukamera menunggu bapa kepada murid yang terlibat dalam kes Cikgu Azizan selama lima jam seawal jam 8.30 pagi, sebelum beredar
Kes tampar murid: 'Tindakan Cikgu Azizan untuk membentuk anak bangsa cemerlang' - Netizen
Selepas dilepaskan tanpa dibebaskan, tindakan Cikgu Azizan terus mendapat sokongan dari netizen.
Kes tampar murid: Cikgu Azizan dilepaskan oleh mahkamah
Guru disiplin SK Taman Semarak, Nilai, Azizan Manap, telah dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi.
Kes tampar pelajar: Solidariti menerusi hashtag #PrayForCikguAzizan
Netizen mezahirkan solidariti dan sokongan kepada cikgu Azizan yang dilapor menampar seorang pelajar kerana masalah disiplin.