Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Azizan Manap, dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi.
Guru berusia 44 tahun itu yang dikenali sebagai 'Cikgu Azizan', sepatutnya memulakan hari pertama perbicaraannya sebelum Majistret Mohd Zaki Abd Rahman mengumumkan keputusan tersebut.
Mohd Zaki memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad, memaklumkan pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menarik balik pertuduhan kes itu.
Mohd Zaki juga mengarahkan supaya duit jaminan sebanyak RM500 dikembalikan kepada Azizan.
Pada 31 Okt lalu, Azizan telah didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan oleh mahkamah yang sama atas pertuduhan mencederakan anak muridnya dengan sengaja di hadapan tapak perhimpunan sekolahnya pada jam 7 pagi, 6 April lalu.
Menurut dakwaan, Azizan telah menampar pipi kiri seorang murid Tahun Lima yang dikatakan melakukan kesalahan disiplin berat berulang termasuk menghidu gam, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.
Sementara itu, Azizan ketika ditemui pemberita menzahirkan rasa syukurnya terhadap keputusan mahkamah.
Dia juga berharap akan dapat kembali bertugas seperti biasa.
"Saya takkan berdendam apa-apa, profesional, saya akan bekerja macam biasa. Semua anak-anak murid adalah anak-anak saya," katanya sambil menambah dia turut memaafkan ibu bapa serta pelajar tersebut.
Kes ini mendapat perhatian seluruh negara dengan persatuan guru termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) serta netizen yang turut menyeru sokongan semua pihak terhadap Cikgu Azizan.
Astro Awani
Tue Dec 19 2017
Azizan (tengah) telah dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi. - Foto ihsan Kami Guru Malaysia
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Kes pukul: Polis ambil keterangan 15 pelajar senior
Menurut polis kes berkenaan akan dirujuk kepada DPP untuk tindakan selanjutnya selepas kertas siasatan siap sepenuhnya.
Lebam dipukul 15 pelajar senior
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah berasrama penuh di Kepala Batas mendakwa dipukul lebih 15 pelajar senior Sabtu lalu.
Kes tampar murid: Cikgu Azizan dilepaskan oleh mahkamah
Guru disiplin SK Taman Semarak, Nilai, Azizan Manap, telah dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi.