KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini selesai mengemukakan kes selepas memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya menutup kes selepas tiga pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Mohd Syahmeizy Sulong, Nurul Hidayah Kamarudin dan Asbi Munip yang dipanggil semula untuk disoal balas pasukan pembelaan selesai memberi keterangan.
"Pendakwaan menawarkan 13 saksi kepada pihak pembelaan," kata Wan Shaharuddin yang mengetuai pasukan pendakwaan.
Antara 13 saksi itu ialah Pegawai Forensik SPRM Moses Lawrence dan Wan Zulkifli Wan Jusoh, rakan-rakan Syed Saddiq iaitu Mohamed Amshar Aziz, Nurali Nadzwan dan Muhammad Suhaimi Yahya.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid kemudian memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis pada Jumaat atau selewat-lewatnya Isnin depan.
Mahkamah Tinggi itu turut menetapkan 6 dan 7 Okt ini untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan, sebelum memutuskan sama ada Syed Saddiq dibebaskan daripada pertuduhan itu atau diperintahkan untuk membela diri.
Pada perbicaraan kes itu yang bermula 21 Jun lalu, pihak pendakwaan telah memanggil 30 saksi antaranya ibu dan bapa Syed Saddiq, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff serta bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Rafiq Hakim Razali.
Pada prosiding hari ini, Syed Saddiq diwakili peguam Gobind Singh Deo dan Haijan Omar.
Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.
Ahli Parlimen Muar itu juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022
![Kes Syed Saddiq: Pendakwaan selesai kemuka kes, hujahan 6 Okt ini Kes Syed Saddiq: Pendakwaan selesai kemuka kes, hujahan 6 Okt ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664267682_SyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes yang dihadapinya iaitu empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berjumlah RM1 juta dan pengubahan wang haram. - Foto BERNAMA
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Syed Saddiq 'DNF', mohon maaf tidak tamat triathlon Syed Saddiq 'DNF', mohon maaf tidak tamat triathlon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720600520_syedsaddiqtriathl.jpg)
Syed Saddiq 'DNF', mohon maaf tidak tamat triathlon
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini mengakui beliau tidak menghabiskan larian dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Bandar Penawar, Johor, Sabtu lepas.
![Dewan Rakyat: Syed Saddiq setuju perlu ada rundingan untuk peruntukan adil, saksama Dewan Rakyat: Syed Saddiq setuju perlu ada rundingan untuk peruntukan adil, saksama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720497623_SyedSaddiq.jpg)
Dewan Rakyat: Syed Saddiq setuju perlu ada rundingan untuk peruntukan adil, saksama
Syed Saddiq bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa perlu ada proses rundingan untuk peruntukan yang adil dan saksama.
![Syed Saddiq tamatkan larian solo dari Muar ke Parlimen Syed Saddiq tamatkan larian solo dari Muar ke Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719802591_SyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq tamatkan larian solo dari Muar ke Parlimen
Beliau membuat pecutan terakhir misi solonya dari Stesen MRT KLCC pada pukul 8.45 pagi bagi menamatkan larian itu.
![Larian Muar: Syed Saddiq kumpul RM55,000 dalam tempoh 24 jam Larian Muar: Syed Saddiq kumpul RM55,000 dalam tempoh 24 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719635417_tbSyedSaddiq.jpg)
Larian Muar: Syed Saddiq kumpul RM55,000 dalam tempoh 24 jam
Syed Saddiq bermula di Jambatan Muar dan berhenti rehat di Alor Gajah, Melaka dengan larian sejauh 58 kilometer.
![Syed Saddiq mulakan 'Langkah Muar', selesaikan larian 20km pagi ini Syed Saddiq mulakan 'Langkah Muar', selesaikan larian 20km pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719543829_SyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq mulakan 'Langkah Muar', selesaikan larian 20km pagi ini
Beliau memaklumkan sudah berlari sejauh 20km dengan jumlah dana sebanyak RM10,000 berjaya diraih setakat jam 10 pagi tadi.
![Beza pendapat tapi rasa hormat tidak akan hilang - Syed Saddiq Beza pendapat tapi rasa hormat tidak akan hilang - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717327637_SyedSaddiq.jpg)
Beza pendapat tapi rasa hormat tidak akan hilang - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata buku Jalan Tegak merupakan naskhah penceritaan mengenai cabaran sepanjang karier politiknya dari pentas debat ke kerusi Parlimen.
![Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715828713_SyedSaddiqbuku.jpg)
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
![Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018 Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715827234_SyedSaddiqbukuj.jpg)
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
![Syed Saddiq mohon pelepasan sementara pasport untuk ke Singapura dan Taiwan Syed Saddiq mohon pelepasan sementara pasport untuk ke Singapura dan Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706503931_TBSYEDSADDIQjpg.jpg)
Syed Saddiq mohon pelepasan sementara pasport untuk ke Singapura dan Taiwan
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memfailkan permohonan bagi pelepasan sementara pasportnya untuk membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
![AGC bantah permohonan Syed Saddiq berhubung pemberhentian peruntukan Parlimen Muar AGC bantah permohonan Syed Saddiq berhubung pemberhentian peruntukan Parlimen Muar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699455072_TBJABATANPEGUAMNE.jpg)
AGC bantah permohonan Syed Saddiq berhubung pemberhentian peruntukan Parlimen Muar
Jabatan Peguam Negara akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta tiga pihak lain.