PUTRAJAYA: Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram mendakwa permohonan pasukan guaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan bukti baharu dalam kes berkait SRC International Sdn Bhd adalah berniat jahat.

Beliau berkata demikian dalam sesi pendengaran yang dilakukan secara hibrid, di sini hari ini.

Najib yang merupakan perayu turut hadir pendengaran tersebut melalui aplikasi Zoom. 

BACA: Perbicaraan SRC diteruskan dalam talian atau waran tangkap untuk Najib akan dikeluarkan - Mahkamah

BACA: Peguam Najib positif COVID-19 menjelang keputusan rayuan kes SRC International

Sebelum itu, peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon sekali lagi kepada panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan prosiding tersebut.

Menurut beliau, pasukannya tidak bersedia meneruskan hujahan secara dalam talian kerana semua dokumen masih di firma guaman.

Selain itu, katanya persediaan menyediakan hujahan pada Isnin petang turut terjejas berikutan salah seorang peguam disahkan positif COVID-19.

BACA: Sabitan hukuman seleweng dana SRC, nasib Najib diketahui esok

Sithambaram membantah permohonan penangguhan itu dengan menyatakan pendakwaan bersedia untuk meneruskan dengan hujahannya.

Panel yang dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan meneruskan prosiding dengan Sithambaram memulakan hujahan bagi pihak responden.

Sebelum itu, mahkamah memberikan pilihan kepada Najib dan peguam untuk hadir melalui aplikasi zoom atau wang jaminan boleh dibatalkan dan waran tangkap dikeluarkan terhadap Najib.


Kes SRC | Mahkamah bertegas teruskan prosiding