PUTRAJAYA:Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memohon penangguhan tarikh pendengaran rayuannya terhadap sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, yang dijadualkan pada 15 Feb.
Peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata surat permohonan penangguhan itu telah dihantar ke pejabat Presiden Mahkamah Rayuan hari ini.
"Kami memohon penangguhan kerana kami perlukan masa untuk memeriksa pelbagai dokumen, kerana kami telah kenal pasti beberapa pembetulan dalam timbunan (dokumen) yang mengandungi nota prosiding dan 800 eksibit," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Darmafikri Abu Adam dan N. Kanageswari.
Peguam itu berkata mahkamah menetapkan 25 Jan bagi tarikh berikutnya pengurusan kes.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul; serta peguam Farhan Read dan Nur Syahirah Hanapiah, yang juga mewakili Najib, hadir semasa pengurusan kes.
Pada 1 Okt lepas mahkamah menetapkan tempoh 12 hari; dari 15 hingga 18 Feb, 22 hingga 25 Feb, dan 1 hingga 4 Mac, untuk mendengar rayuan.
Ahli Parlimen Pekan telah mengemukakan 307 alasan dalam petisyen rayuannya, mengapa dia harus dibebaskan dari semua tuduhan.
Pada 30 Julai, Najib memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah (CBT), pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kedudukan yang melibatkan RM42 juta dana SRC.
Dua hari sebelum itu, Najib telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kes CBT dan masing-masing tiga kes pengubahan wang haram manakala penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, jika tidak dipenjara lima tahun, dalam kes penyalahgunaan kedudukan.
Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak, dan dia kini bebas atas ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu rayuannya selesai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021
Najib telah mengemukakan 307 alasan dalam petisyen rayuannya, mengapa dia harus dibebaskan dari semua tuduhan. - Gambar fail/Astro AWANI
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.
Bekas PM Lubnan, Salim Al Hoss meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia ketika mana Lubnan berdepan krisis yang memerlukan kepakarannya.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Kedudukan wanita perlu dianggap setaraf dengan lelaki untuk bangunkan negara - Tun M
Kedudukan wanita dalam masyarakat perlu dianggap setaraf dengan lelaki kerana golongan itu juga memainkan peranan penting dalam membangunkan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun M sambut ulang tahun ke-98
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-98.
'Taut kembali kasih terpisah, cinta terlerai' - Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai mengambil peluang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk menautkan kembali kasih terpisah dan cinta terlerai.
Rasuah punca kos sara hidup meningkat - Tun Mahathir
Kos sara hidup di Malaysia meningkat kerana rasuah berleluasa, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Permohonan Najib ketepi injunksi kes saman 1MDB didengar 7 Feb 2023
Prosiding pendengaran itu akan berlangsung secara fizikal pada 9 pagi di hadapan Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad.
Saman Najib 'adalah serangan kolateral' terhadap kes berkaitan 1MDB - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa saman Najib terhadap Tommy Thomas atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam empat kes beliau membabitkan 1MDB adalah satu 'serangan kolateral.'
Pecah amanah, salah guna kuasa, Najib bekas PM pertama ke penjara
Buat pertama kalinya dalam catatan sejarah negara, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi bekas perdana menteri pertama dipenjarakan kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.