Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun untuk memberi laporan terperinci berhubung insiden melibatkan peguam dan aktivis Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, sebelum mengambil sebarang tindakan.
Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau mengambil maklum pandangan orang ramai mengenai tindakan siasatan polis terhadap Siti Kasim berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh ibu bapa yang mengatakan bahawa anak mereka telah diculik.
Beliau juga mengambil maklum mengenai respons Siti Kasim bahawa pada masa tersebut, beliau bertindak sebagai peguam kepada mangsa, katanya.
"Saya bersetuju mengenai hak individu untuk mendapatkan bantuan guaman, dan hak untuk bertindak tanpa dipengaruhi atau diugut oleh mana-mana pihak.
"Walau bagaimanapun, sebagai Menteri Dalam Negeri, saya perlu untuk mengimbangi kepentingan awam dan kepentingan individu, tanpa menganggu siasatan polis," kata Muhyiddin.
BACA: Saya hanya mahu lindungi anak guam - Siti Kassim
Muhyiddin berkata beliau mengambil maklum bahawa permohonan polis untuk menahan reman Siti Kasim telah ditolak oleh mahkamah semalam.
Beliau berkata ia selari dengan konsep pembahagian kuasa, peranan mahkamah adalah untuk menentukan kesahihan tindakan polis dan untuk mengimbangi segala hak-hak yang telah termaktub di bawah perlembagaan.
Semalam, Siti Kasim ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 12.40 pagi kerana dipercayai menghalang tugas penjawat awam susulan laporan polis oleh seorang wanita yang mendakwa peguam itu melarikan anak perempuannya yang berusia 24 tahun pada Khamis lepas.
Wanita berkenaan dikatakan dilarikan ketika sedang menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang sebelum diselamatkan pasukan polis di sebuah unit kondominium di Segambut pada Sabtu malam.
Polis membebaskan Siti Kasim setelah Mahkamah Kajang menolak permohonan reman terhadapnya.
Namun begitu, polis masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana dakwaan menculik serta menghalang tugas penjawat awam.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Razali Ismail berkata tindakan polis memecah masuk pintu rumah Siti Kasim untuk melakukan penangkapan pada lewat malam, tidak dapat diterima dan tiada kewajaran.
Razali dalam kenyataannya menegaskan bahawa penahanan Siti Kasim atas dakwaan menculik anak guamnya dan menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka dibuat tanpa polis menyiasat keadaan sebenar kes itu dengan secukupnya dan tanpa alasan munasabah.
"Polis mesti menghentikan apa yang dilihat sebagai gangguan polis yang menyasarkan kepada Siti Kasim oleh kerana tidak sebarang justifikasi atau keperluan untuk menahan beliau daripada melaksanakan tugasnya sebagai peguam bagi membela anak guamnya," katanya.
Beliau berkata penangkapan dan penahanan itu bertentangan dengan Prinsip Asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Peranan Peguam dan Deklarasi Pembela Hak Asasi Manusia apabila polis dilihat sebagai tidak menjalankan fungsi mereka dengan berlaku adil dan menghormati hak asasi manusia.
Razali berkata Suhakam kesal apabila penangkapan masih dibuat sebelum siasatan polis selesai, yang boleh membawa kepada tindakan keterlaluan pegawai polis yang melakukan penangkapan itu, mengakibatkan pelanggaran hak tahanan seperti yang terbukti dalam kes ini. -- Bernama
Bernama
Mon Jun 25 2018
Muhyiddin berkata beliau mengambil maklum bahawa permohonan polis untuk menahan reman Siti Kasim telah ditolak oleh mahkamah semalam. - Gambar fail
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Kanak-kanak dalam video tular bukan mangsa cubaan culik tapi mangsa amang seksual - Polis
ACP Wan Azlan berkata, siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun itu mungkin mangsa amang seksual.
Orang ramai perlu telus, jujur buat laporan orang hilang - Polis
Pengadu perlu bersikap amanah dan bertanggungjawab terhadap aduan yang dikemukakan.
20 pelajar perubatan diculik di Nigeria
Pelajar-pelajar dari Universiti Jos diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata pada petang Khamis di Otukpo.
Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah
Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
Dakwaan cubaan culik di Pantai Kemayang hanya salah faham - Polis
Semua yang terlibat telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan.
Culik ahli perniagaan wanita untuk tebusan RM2 juta: Dua lelaki dihukum penjara 30 tahun
Panel tiga hakim menolak rayuan Lew Ngee Chin dan Chin Yoon Tack@Chin Yoon Tock berhubung sabitan terhadap mereka.