Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa ‘mem’ mahu beliau menyediakan perjanjian perundingan bagi projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak.
Lawrence Tee Kien Moon, 51, berkata perkara itu dimaklumkan oleh bekas Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor kepadanya semasa pertemuan mereka pada Mei 2016 di The Coffee Bean & Tea Leaf terletak di pusat beli-belah Pavilion, yang turut dihadiri Rayyan Radzwill Abdullah (rakan kongsi bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin).
Tee ketika membacakan keterangan saksinya berkata semasa pertemuan itu, Rizal memberitahunya dia harus menyediakan perjanjian perundingan untuk projek pembekalan dan pemasangan panel solar untuk lebih 300 sekolah di Sarawak.
“Saya mempersoalkan permintaan Datuk Rizal dan memberikan respons yang sama seperti saya lakukan kepada Rayyan bahawa perjanjian itu boleh disediakan oleh peguam Jepak. Saya juga beritahu Datuk Rizal, saya tidak pernah menyediakan perjanjian seperti itu dan perlu meminta peguam saya menyediakannya.
“Datuk Rizal kemudian beritahu saya bahawa saya harus menyediakannya kerana ‘mem’ mahu saya yang buat. Saya tidak bertanya kepadanya siapakah ‘mem’ tetapi saya kabulkan permintaannya kerana Datuk Rizal adalah Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn.
Ketika ditanya oleh Poh siapakah ‘mem’, saksi menjawab “Datin Seri Rosmah”.
Saksi itu yang dilantik sebagai perunding bagi sebuah syarikat di Vietnam pada 2016, mengatakan pada masa itu tiada perbincangan mengenai syarat komersial untuk perjanjian berkenaan kerana Rizal berkata ‘mem masih discuss’ (mem masih membincangkan perkara itu) dan pertemuan itu hanya berlangsung selama 15 hingga 20 minit kerana Tee harus berangkat ke Singapura.
“Selepas beberapa hari Datuk Rizal menghubungi saya dan bertanyakan tentang perjanjian perundingan. Pada masa itu saya berada di Vietnam. Saya serahkan pemacu pena kepada setiausaha saya yang mengandungi contoh perjanjian perundingan yang saya peroleh dalam internet untuk dicetak.
“Saya menemui contoh itu semasa waktu lapang saya di Singapura. Saya cari pencontoh perjanjian perundingan untuk digunakan sebagai rujukan dalam penyediaan perjanjian perundingan tersebut,” katanya.
Tee berkata seperti yang beliau ingat, nilai kontrak projek solar itu melebihi RM1 bilion dan jangka masa pembayarannya melebihi beberapa tahun dan lebih daripada 10 peratus daripada jumlah nilai kontrak.
“Pada masa itu Datuk Rizal mahu saya memilih sebuah syarikat untuk melaksanakan perjanjian tersebut dengan Jepak. Saya bertanya, kenapa mereka tidak menggunakan syarikat mereka sendiri yang lebih mudah dari perspektif pengurusan tetapi mereka enggan,” katanya.
Saksi itu berkata beliau menyediakan perjanjian perundingan itu berdasarkan contoh daripada internet dan mendraf perjanjian itu dalam bahasa Inggeris.
“Pihak yang dinyatakan dalam perjanjian itu adalah Jepak Holdings dan Lucky Victory Limited sebagai perunding. Saya memilih Lucky Victory yang merupakan ‘syarikat luar pesisir’ berpangkalan di Taiwan untuk bertindak sebagai perunding untuk projek (solar) itu,” katanya.
Terdahulu, mahkamah menolak permohonan peguam pembelaan, Datuk Akberdin Abdul Kader untuk mencabar keterangan Saidi kerana didakwa memberi keterangan bercanggah berhubung pengeluaran wang RM1.5 juta yang dikatakan diberi kepada Rosmah.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi.
Suapan itu didakwa diterima menerusi bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 07 2020

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Pelesenan penyedia perkhidmatan media sosial, tingkat akauntabiliti platform - Pakar IT
Pelesenan itu membolehkan penyedia perkhidmatan beroperasi secara lebih bertanggungjawab dalam mengawal kandungan.

U Mobile akan kurangkan pegangan saham majoriti asing kepada 20 peratus
Menurutnya, menerusi rekod prestasi terbukti menjangkau lebih 17 tahun, U Mobile dalam kedudukan baik bagi pelancaran rangkaian 5G kedua.

RM99 juta laksana program JENDELA, 'Perajurit Broadband' untuk warga ATM - Khaled Nordin
Inisiatif itu termasuk mewujudkan Infrastruktur Fiber Optik di semua 73 kem atau pangkalan tentera, melibatkan sebanyak 59,420 pintu RKAT.

Indonesia sekat hampir 3.8 juta laman sesawang perjudian
Turut disekat, 31,751 pautan berkaitan perjudian di laman sesawang institusi pendidikan dan 31,812 pautan di laman sesawang kerajaan.

PRK Nenggiri: Kedai kopi tawar WiFi percuma jadi tumpuan
Masalah rangkaian talian Internet di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang lemah menyebabkan kedai kopi yang menawarkan WiFi percuma menjadi tumpuan media dan orang ramai.

Respons positif daripada platform media sosial terhadap kerangka kawal selia baharu - Fahmi
Wakil pelbagai platform yang ditemui mengakui keperluan mematuhi undang-undang Malaysia dan sedia untuk turut serta dalam proses berkenaan.

UK pertimbang haramkan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun
Kerajaan UK kini dalam proses mempertimbangkan untuk mengehadkan media sosial ke atas pengguna bawah 16 tahun termasuk mengharamkan terus.

Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery
Perkhidmatan internet pantas dapat meningkatkan ekonomi digital seperti membantu peneroka memasarkan produk dan terlibat dalam e-dagang.

KKD, KPT laksana tindakan segera pastikan kesalinghubungan di kampus semakin baik
Katanya, isu utama mengenai kesalinghubungan di kampus adalah berkaitan jalur lebar talian tetap di dalam bangunan dan asrama.

Pakej jalur lebar RM69 inisiatif terbaik turunkan kos sara hidup
Pakej itu dilihat berpatutan dan memberi peluang kepada golongan rentan yang mahu melanggan pakej Internet pada harga lebih murah.