KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu bijak mengawal penggunaan peranti dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) anak-anak bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan gejala negatif terutama membabitkan seks.
Ia juga faktor dan usaha penting dalam mengekang jenayah rogol termasuk ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Pakar Psikologi Universiti SEGi, Prof Datin Mariani Md Nor.
Beliau berkata, ibu bapa juga perlu peka dengan tingkah laku anak-anak terutama berkaitan komunikasi dalam media sosial.
Jelas beliau, usaha mengekang masalah sosial sedemikian bukan suatu perkara mudah kerana kanak-kanak dan remaja memerlukan alat peranti untuk menjalani PdPR.
Malah, mereka juga diakui mungkin akan memberi pelbagai alasan yang berkaitan dengan pelajaran apabila ibu bapa cuba mengawal penggunaan alat peranti berkenaan.
"Memang agak sukar dikawal terutama pelajar-pelajar, remaja sebab kalau ibu bapa kata alat peranti tidak boleh digunakan lagi, mereka akan menjawab mereka ada tugasan yang perlu dibincang bersama.
"Laluan ke PdPR itu sebenarnya juga boleh membuka laluan kepada aspek lain yang agak negatif jika tidak dikawal. Tidak menyalahkan PdPR, tetapi di sini, ibu bapa perlu membuat kawalan yang lebih bijak lagi dan dalam usaha mengekang itu.
"Ibu bapa juga perlu mengenali siapa anak mereka dari segi aspek tingkah laku mereka, dengan siapa mereka bersembang di media sosial. Mengenai kedatangan orang lain ke rumah, macam-macam alasan yang akan diberikan remaja cuma ibu bapa kena bijak untuk elak gejala sosial seksual," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
BACA: Kes rogol libatkan remaja bawah umur di Kelantan membimbangkan - Polis
Ibu bapa ujarnya dinasihatkan sentiasa melihat perubahan tingkah laku anak-anak yang mungkin dibimbangi menjadi mangsa kepada aktiviti sosial kesan pengaruh alat peranti dan media sosial.
"Selalunya mereka yang sedang bercinta ini ada perubahannya. Jadi, perubahan inilah yang perlu diketahui ibu bapa.
"Mungkin daripada seorang yang periang, suka bersembang tetapi jadi pendiam, suka berseorangan, ini yang perlu dipantau ibu bapa dan bukan sahaja setakat pantau alat peranti itu," tambahnya.
Sebelum ini, polis menggesa golongan ibu bapa di Kelantan supaya memantau pergerakan anak-anak mereka memandangkan jenayah rogol terutamanya melibatkan remaja bawah umur di negeri berkenaan agak membimbangkan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini sahaja sebanyak 51 kes rogol direkodkan berbanding 39 kes bagi tempoh sama tahun lepas dengan paling ketara kes itu melibatkan remaja bawah umur dan pelajar sekolah seawal usia 13 tahun.
Rahimah Abdullah
Mon Sep 06 2021
![Kes rogol babit remaja: Ibu bapa perlu kawal peranti PdPR, awasi perubahan anak Kes rogol babit remaja: Ibu bapa perlu kawal peranti PdPR, awasi perubahan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61630921503_MOUSE.jpg)
Ibu bapa disaran peka dengan tingkah laku anak-anak terutama berkaitan komunikasi dalam media sosial. - Gambar hiasan
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Peniaga kelapa mengaku tidak bersalah rogol anak saudara teman wanita Peniaga kelapa mengaku tidak bersalah rogol anak saudara teman wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734852269_Peniagakelapa.jpg)
Peniaga kelapa mengaku tidak bersalah rogol anak saudara teman wanita
Seorang peniaga kelapa mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang juga anak saudara teman wanitanya.
![Kes rogol babitkan remaja meningkat - Polis Kes rogol babitkan remaja meningkat - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709019720_ShuhailyMohdZain.jpg)
Kes rogol babitkan remaja meningkat - Polis
Jumlah kes rogol dalam kalangan remaja bawah umur 16 tahun yang meningkat sejak kebelakangan semakin membimbangkan.
![Lapan remaja ditahan bantu siasatan kes rogol gadis 14 tahun Lapan remaja ditahan bantu siasatan kes rogol gadis 14 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666020964_TBhandcuff.jpg)
Lapan remaja ditahan bantu siasatan kes rogol gadis 14 tahun
Lapan remaja lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang gadis berusia 14 tahun.
![Kes rogol babit remaja: Ibu bapa perlu kawal peranti PdPR, awasi perubahan anak Kes rogol babit remaja: Ibu bapa perlu kawal peranti PdPR, awasi perubahan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61630921503_MOUSE.jpg)
Kes rogol babit remaja: Ibu bapa perlu kawal peranti PdPR, awasi perubahan anak
Ibu bapa perlu bijak mengawal penggunaan peranti dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) anak-anak bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan gejala negatif terutama membabitkan seks.