KUALA LUMPUR:Rayuan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta atas kesalahan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan akan didengar pada 22 April depan.
Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan ketika dihubungi pemberita berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Darmafikri Abu Adam menetapkan 22 dan 23 April untuk pendengaran rayuan itu, ketika pengurusan kes menerusi aplikasi Zoom hari ini, yang turut disertai Timbalan Pendakwa Raya Rullizah Abdul Majid.
Sementara itu, Rullizah berkata mahkamah turut menetapkan 5 Mac ini untuk pengurusan kes selanjutnya.
Pada 21 Disember lepas, Tengku Adnan, 70, memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan pada hari yang sama.
Bagaimanapun, Mohamed Zaini membenarkan permohonan Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan diputuskan.
Tengku Adnan didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek yang didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021

Pada 21 Disember lepas, Tengku Adnan, 70, memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Rasuah RM2 juta: Keputusan rayuan Ku Nan diketahui Jumaat ini
Keputusan rayuan Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan akan diketahui Jumaat ini.

Rasuah RM1 juta: Mahkamah dengar rayuan Ku Nan esok
HMahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta terhadap Ku Nan selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan rasuah.

RM2 juta "masuk poket" Ku Nan sendiri - Mahkamah
Hakim Mohamed Zaini berkata dakwaan Tengku Adnan mendahulukan lebih RM2 juta untuk PRK adalah suatu yang difikirkan kemudian.

Keputusan kes rasuah RM2 juta Ku Nan diketahui esok
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mengetahui nasibnya esok, sama ada disabitkan atau dilepaskan daripada pertuduhan rasuah RM2 juta.

Ku Nan setuju bayar cukai lebih RM40 juta kepada LHDN
LHDN, dalam tuntutannya sebelum ini menuntut Ahli Parlimen Putrajaya itu membayar amaun cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.

Ku Nan "persuade" Aset Kayamas bina rumah untuk kebaikan staf DBKL
120 unit itu akan dibina dan dijual di bawah nilai pasaran semasa untuk staf DBKL yang berkelayakan, Mahkamah Tinggi diberitahu.

Ku Nan mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3 juta
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah wang berjumlah RM3 juta.

97 transaksi penjualan tanah DBKL disiasat - Khalid Samad
43 transaksi diteruskan jualan, 23 dirunding semula, 20 akan disiasat SPRM, 10 transaksi dibatalkan dan 1 transaksi dibawa ke mahkamah.

'Jaga parti sendirilah' - nasihat Ku Nan kepada Tun M
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa RoS bersikap berat sebelah dan memberi layanan berbeza kepada UMNO dan pembangkang.

Isu pelajar UiTM 'slow learner': Tengku Adnan mohon maaf
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memohon maaf berhubung kenyataannya yang dikatakan memperlekeh penuntut UiTM sebagai 'slow learner'.