Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan kes bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi tujuh pertuduhan menerima rasuah berjumlah S$4.24 juta berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Dalam keputusannya, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata beliau tidak menemui kekhilafan dalam perintah pemindahan yang dibuat Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 104 Akta Mahkamah Rendah 1948.
"Berdasarkan rekod prosiding di Mahkamah Sesyen dalam memindahkan tujuh pertuduhan itu ke Mahkamah Sesyen di Shah Alam, tidak juga perintah pemindahan itu dikatakan dalam apa juga cara sebagai tidak mengikut undang-undang atau tidak sesuai untuk mewajarkan mahkamah ini supaya menyemak semula perintah pemindahan oleh Mahkamah Sesyen.
"Berdasarkan alasan di atas saya menolak permohonan ini," katanya, dan menambah, satu-satunya isu berbangkit adalah hujah bahawa ia bagi kesenangan saksi untuk pertuduhan itu didengar di Kuala Lumpur dan bukan di Shah Alam.
"Bagaimanapun, di Malaysia pada masa ini hanya ada sedikit perbezaan antara Shah Alam dan Kuala Lumpur berdasarkan kepada pembangunan yang dibuat kepada sistem jalan raya dan pengangkutan di Lembah Klang.
"Selain itu, bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk melihat mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dan Putrajaya menetap di Shah Alam atau sebaliknya, dan ini tidak diambil kira kepada bakal saksi pembelaan sekiranya mereka dipanggil memberi keterangan," katanya.
Pihak pendakwaan memohon untuk menyemak keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Ahmad pada 31 Julai lepas yang membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk memindahkan kes itu untuk dibicarakan bersama 33 lagi pertuduhan rasuah berhubung VLN di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun berhujah bahawa saksi-saksi pendakwaan berpusat di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan fakta ini telah dinyatakan dalam afidavit jawapan pendakwaan.
Peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid berkata walaupun kes itu didengar di Mahkamah Shah Alam, ia tidak akan membebankan mana-mana saksi untuk hadir.
Pada 26 Jun lepas, Ahmad Zahid didakwa atas tujuh pertuduhan menerima suapan daripada sebuah syarikat berjumlah SGD4.24 juta membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN), dua tahun lepas.
Bagi semua pertuduhan itu, Ahmad Zahid didakwa telah menerima rasuah berjumlah SGD4.24 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd, sebagai dorongan untuk dirinya sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN.
Ahmad Zahid dituduh melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya antara 28 Mac 2017 dan 2 Mac 2018.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan perkara kesalahan itu dan jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada 27 Jun lepas, Ahmad Zahid didakwa dengan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM42.76 juta daripada sebuah syarikat berhubung Sistem VLN.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 28 2019
Peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid berkata walaupun kes itu didengar di Mahkamah Shah Alam, ia tidak akan membebankan mana-mana saksi untuk hadir. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
Monsun: Kerajaan akan perkenal dasar pengurusan risiko bencana negara
Kerajaan akan memperkenalkan dasar pengurusan risiko bencana negara sebagai langkah persediaan menghadapi fasa peralihan monsun.
PRK DUN Mahkota: Surat layang tidak beri kesan kepada calon BN - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata seluruh jentera membabitkan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bertungkus lumus untuk memastikan semua pengundi keluar menunaikan kewajipan mereka pada 28 Sept ini.
Gaji premium lepasan TVET ditetapkan hingga RM4,000 - Ahmad Zahid
Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) hari ini bersetuju menetapkan gaji premium kepada lepasan TVET pada kadar antara RM2,500 hingga RM4,000.
Program khas bantu pelajar tercicir, tidak minat masuk tingkatan 4 sertai TVET - TPM
Satu program khas akan dilaksana bagi membantu pelajar yang keciciran atau tidak berminat untuk menyambung pelajaran ke tingkatan empat.
MATEC 2024: Inisiatif mempromosi ekosistem industri automotif Bumiputera
MATEC 2024 menyasarkan kehadiran seramai 30,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung dengan lebih 100 pempamer yang terdiri daripada pemain industri automotif.
Ahmad Zahid hadiri Malam Kluang Berselawat
Program yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul pada Isnin lepas, dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW selain bacaan al-Quran, qasidah dan tazkirah.
Ahmad Zahid minta pembangkang lebih sensitif, hormat ahli keluarga bekas ADUN Mahkota
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata pembangkang juga sepatutnya menghormati dan menjaga sensitiviti keluarga Allahyarham.
Jemaah Menteri setuju kekal dasar sedia ada permohonan sijil halal - Ahmad Zahid
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk mengekalkan dasar sedia ada berkaitan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.