KUALA LUMPUR: Sejumlah 5,718 kes penipuan pinjaman wang tidak wujud dilaporkan sepanjang tahun lepas membabitkan kerugian lebih RM62 juta, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob.
Beliau berkata jumlah kes jenayah itu meningkat berbanding 5,309 kes dengan kerugian RM48.4 juta pada tahun sebelumnya.
Sehingga 18 Mei tahun ini, sejumlah 1,987 kes penipuan pinjaman wang tidak wujud dilaporkan dengan kerugian RM20.2 juta, katanya dalam kenyataan, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata kemelesetan ekonomi akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ditambah dengan syarat ketat institusi kewangan berlesen untuk meluluskan pinjaman dilihat sebagai 'peluang' oleh sindiket pinjaman wang tidak wujud itu.
"Seiring pandemik COVID-19, ramai yang telah kehilangan pekerjaan selain sektor perniagaan yang terjejas teruk.
"Justeru, sindiket penipuan pinjaman wang bertindak giat mempromosi pinjaman wang dengan kadar faedah rendah, proses pinjaman yang cepat serta syarat pinjaman yang mudah bagi menarik minat mangsa," katanya.
Dalam usaha untuk menangani kes-kes itu, Zainuddin berkata pihaknya melaksanakan pelbagai langkah antaranya tindakan pembanterasan melalui siasatan dan operasi, selain menitikberatkan aspek pencegahan yang melibatkan kesedaran masyarakat.
Polis menasihati orang ramai agar jangan mudah percaya dengan iklan-iklan promosi pinjaman wang dengan tawaran kadar faedah rendah, proses permohonan pinjaman yang cepat tanpa syarat ketat atau tanpa memerlukan sebarang penjamin di media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan sebagainya.
"Ingatlah tiada sebarang bayaran wang akan dikenakan sebelum permohonan pinjaman diluluskan. Semua bayaran yang dikenakan biasanya akan ditolak atau dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman keseluruhan," katanya.
Orang ramai boleh membuat semakan melalui laman sesawang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk pengesahan syarikat pinjaman wang yang mempunyai lesen melalui https://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/585
Semakan pengesahan akaun dan talian telefon pula boleh dibuat melalui laman sesawang https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk mengenal pasti sama ada akaun terbabit pernah terlibat dalam kes penipuan atau tidak sebelum membuat sebarang transaksi pembayaran.
Orang ramai juga boleh berhubung dengan CCID Scam Response Centre melalui talian 03-26101599/1599 jika mempunyai sebarang keraguan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021

Zainuddin berkata jumlah kes jenayah itu meningkat berbanding 5,309 kes dengan kerugian RM48.4 juta pada tahun sebelumnya. - BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kes penipuan pinjaman wang tidak wujud semakin meningkat - Bukit Aman
Jumlah kes jenayah itu meningkat berbanding 5,309 kes dengan kerugian RM48.4 juta pada tahun sebelumnya.