KUALA LUMPUR: Sejumlah 563 kes penipuan perkhidmatan pinjaman tidak wujud yang dilaporkan untuk tempoh Januari dan Februari tahun ini melibatkan kerugian bernilai lebih RM5.3 juta, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din.
Beliau berkata seramai 545 orang ditahan dalam tempoh itu berbanding 3,183 individu tahun lepas berkaitan kes sama dan 3,092 pada 2020.
"Berdasarkan rekod, sejumlah 5,723 kes jenayah ini dicatat pada tahun 2020 melibatkan kerugian RM60.2 juta dan pada tahun lepas, jumlah kes menurun kepada 4,788 kes dengan kerugian RM50.6 juta.
"Modus operandi sindiket penipuan ini ialah mengiklankan perkhidmatan mereka melalui media sosial seperti WhatsApp dengan mengenakan kadar faedah rendah serta proses kelulusan yang pantas antara tawaran diberikan bagi memperdayakan mangsa," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Mohd Kamarudin berkata mangsa yang berminat akan diminta membuat sejumlah bayaran atas pelbagai alasan antaranya fi perundangan, fi perjanjian, fi insurans dan yuran Lembaga Hasil Dalam Negeri sebelum pinjaman diluluskan namun setelah bayaran dibuat, pinjaman tidak diterima.
Beliau menasihati orang ramai agar berwaspada bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan pinjaman wang tidak wujud.
"Jangan mudah percaya iklan promosi pinjaman wang dengan kadar faedah yang rendah dan proses permohonan yang pantas tanpa syarat ketat.
"Orang ramai juga perlu hadir secara fizikal ke institusi perbankan atau kewangan berlesen sahaja untuk membuat permohonan pinjaman wang," katanya.
Mohd Kamarudin juga meminta orang ramai menyemak akaun bank atau nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ serta mendapatkan nasihat atau maklumat lanjut dengan menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-2610 1559 atau 03-2610 1599.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022
Mohd Kamarudin menasihati orang ramai agar berwaspada bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan pinjaman wang tidak wujud. - Gambar fail/BERNAMA
Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kg dadah
Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa atas pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah pada 28 Disember lepas.
Kes Puspakom: Enam pegawai pemeriksa kenderaan digantung tugas serta-merta
Enam pegawai pemeriksa kenderaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) yang disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat, digantung tugas serta-merta.
PM Anwar ucap takziah, turut bersolidariti bersama China
Anwar Ibrahim berkata, Malaysia turut berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat China dalam menghadapi bencana tragis ini.
Tumpuan Rabu – 8 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Januari 2025.
PM Anwar gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi Bumiputera
Perdana Menteri hari ini memberi penegasan serta cabaran untuk ketua GLIC dan GLC memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.
RUU Jenayah Siber akan dibentang di Parlimen pada Oktober - NACSA
NACSA dalam proses merangka Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber baharu yang dijangka dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Sesi Keempat Parlimen ke-15 pada Oktober ini.
Selangor tubuh Pasukan Petugas Semikonduktor
Ia sebagai langkah penting ke arah mencapai matlamat menjadi hab reka bentuk cip global dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kerajaan kenakan duti anti lambakan sementara import PET dari China, Indonesia
Menurut MITI, penyiasatan duti anti lambakan import PET yang berasal atau dieksport dari negara tersebut dimulakan pada 9 Ogos 2024.
Pembantu tadika didakwa 'scam' orang RM1.64 juta
Seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan menipu pelaburan tidak wujud melibatkan jumlah kerugian kira-kira RM1.64 juta.
22,000 kes tipu dilaporkan kepada NSRC libat kerugian RM147 juta setakat Sept 2024
Kira-kira 22,000 kes penipuan melibatkan kerugian lebih RM147 juta dilaporkan kalangan mangsa kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) setakat September 2024.
Penipuan pelaburan Gigamax: Tujuh individu dikesan termasuk dalang utama
Polis mengesan tujuh individu termasuk seorang warga Indonesia yang dipercayai dalang utama kes penipuan pelaburan Gigamax yang membabitkan kerugian lebih RM7 juta.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Pegawai farmasi rugi RM120,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki kerugian sebanyak RM120,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan dua wanita.
Peniaga rugi RM800,000 ditipu pelaburan tender bekal makanan sekolah
Seorang peniaga kerugian RM800,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tender membekalkan makanan kepada sekolah yang tidak wujud.
Penyelia penyelenggaraan rugi lebih RM140,000 terperdaya skim pelaburan saham dalam talian
Seorang penyelia penyelenggaraan di sebuah syarikat swasta mengalami kerugian sebanyak RM149,291 setelah mendakwa terperdaya oleh skim pelaburan saham dalam talian pada Ogos lepas.
Penuntut IPTA direman dua hari bantu siasatan kes penipuan
Suspek yang berusia 23 tahun tiba ke pekarangan mahkamah tersebut dengan dibawa menggunakan kereta polis kira-kira pukul 8.28 pagi.
Taikun hartanah Vietnam dipenjara seumur hidup
Mahkamah Vietnam menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas taikun hartanah, Truong My Lan berkaitan kes penipuan kewangan terbesar dalam sejarah negara itu.