Kes penagihan dadah di Malaysia meningkat sebanyak 14 peratus kepada 30,847 pada 2016 berbanding 26,668 kes pada 2015, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat.
Selain itu, katanya statistik menunjukkan peningkatan penagih baharu kepada 22,925 kes berbanding 20,281 kes dalam tempoh sama.
"Kempen Sifar Dadah yang dijalankan tahun lepas agak sukar mencapai kejayaan berikutan bekalan dadah yang mudah diperoleh dari negara jiran.
"Bagaimanapun, bukan Malaysia sahaja yang berdepan masalah ini malah, negara-negara ASEAN lain juga terkesan dengan perkara sama," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) 2017 di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan di sini, Selasa.
Turut hadir Pengarah JPP Kelantan Datuk Makhtar Mustapha dan Ketua Polis Kelantan Datuk Ab Rahman Ismail.
Dalam perkembangan sama, Masir berkata pengamal homoseksual dan hetroseksual yang dijangkiti HIV dan AIDS di Malaysia juga menunjukkan peningkatan.
"Seramai 40 orang yang mengamalkan hetroseksual dijangkiti HIV pada 2015 dan meningkat kepada 50 orang pada 2016 manakala kes homoseksual merekod 10 orang pada 2015 dan meningkat kepada 20 orang pada 2016," katanya.
Beliau berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sentiasa memantau dan menjalankan peranan mereka untuk menangani serta mencegah gejala itu daripada terus merebak.
Namun, katanya pencegahan jenayah berkaitan dadah serta penularan HIV dan AIDS bukan tanggungjawab kedua-dua agensi itu semata-mata.
"Orang awam dan komuniti setempat juga mempunyai kuasa untuk membanteras jenayah namun, perlu menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2017

MASIR: Kes penagihan dadah di Malaysia meningkat sebanyak 14 peratus kepada 30,847 pada 2016 berbanding 26,668 kes pada 2015. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.

PM Anwar minta Sarawak bekalkan elektrik ke FIlipina - Abang Johari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.

Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.