KUALA LUMPUR: Lima belas pelabur telah memfailkan saman terhadap ahli perniagaan Goh Hwan Hua dan empat syarikat yang didakwa gagal membayar nilai penebusan bulanan daripada jumlah pelaburan kira-kira RM8 juta.
Bagaimanapun, Goh dan keempat-empat syarikat iaitu I-Serve Online Mall Sdn Bhd (ISOM), Bright Moon Venture PLT (BMV), QA Smart Partnership PLT (QAS) dan Trillion Cove Holdings Bhd (TCH) telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan ia adalah penyalahgunaan proses mahkamah.
Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar permohonan mereka pada 31 Okt ini.
Mereka juga telah memfailkan pernyataan pembelaan tahun lepas terhadap saman yang dikemukakan oleh P.Ponnamal, A.Prema, Deborah Ann Rodrigo, YM Che Engku Mahirah Abdullah, Goh Chiang Beng, Alexander Vincen, Gea Ban Thong, Ng Guat Tin, Koh Kock Keang, S.Supramaniam, Harith Abdul Hamid, Ismat Abdul Rauf, Koh Kok Chong, Gea Seok Eng dan K.Thangamuthu.
Pernyataan tuntutan bertarikh 21 Julai 2022, kesemua plantif mendakwa defendan gagal membuat pembayaran itu dari November 2021 hingga Jun 2022 meskipun sudah menghantar surat tuntutan melalui peguam mereka.
Plaintif yang berusia lingkungan 58 hingga 74 tahun, mendakwa Goh sebagai pengasas bersama dan pemegang saham terbesar MYAirline Sdn Bhd had serta keempat-empat syarikat telah melanggar kewajipan fidusiari mereka serta hendaklah dipertanggungjawabkan secara peribadi atas kerugian yang dialami oleh pelabur.
Mereka mendakwa Goh, ketika mengeluarkan pelbagai notis, arahan dan mengadakan telesidang, telah memberi jaminan bahawa isu yang dihadapi oleh ISOM tidak akan memberi kesan terhadap pulangan bulanan pelabur.
Kesemua plaintif turut mendakwa bahawa ISOM, TCH dan dua lagi syarikat yang terlibat telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia pada 11 Nov 2021 manakala perintah pembekuan dikeluarkan terhadap kesemua syarikat.
Antara lain, mereka menuntut pembayaran balik harga langganan RM8 juta serta pembayaran tunggakan penebusan bulanan dan faedah tahunan sebanyak lima peratus ke atas mana-mana jumlah penghakiman yang diberikan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023

Kesemua plantif mendakwa defendan gagal membuat pembayaran itu dari November 2021 hingga Jun 2022 meskipun sudah menghantar surat tuntutan melalui peguam mereka. - Gambar fail/MyAirline

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

MYAirline diperintah bayar RM17.7 juta caj perkhidmatan tertunggak
MYAirline diarah membayar RM17.7 juta caj perkhidmatan lapangan terbang tertunggak kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Malaysia Airports Sdn Bhd.

Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini
Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam kedua-dua belah pihak.

MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.

MYAirline masih bincang dengan pelabur baharu
MYAirline memaklumkan ia masih berbincang dengan pelabur baharu selepas penamatan secara tiba-tiba dan unilateral perjanjian pembelian saham.

Kami telah bertemu dengan pelabur berpotensi MyAirline - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan telah bertemu dengan pelabur berpotensi baharu MYAirline Sdn Bhd.

Isu MYAirline: Bayar tunggakan tiket, gaji sebelum bincang pelabur baharu - Loke
Anthony Loke berkata, pihak kementerian akan bertemu syarikat itu pada Jumaat bagi mendengar perincian perkara tersebut.

MYAirline terima pelabur dari Asia Barat, kata sumber
Tindakan pertama yang diharapkan dilakukan MYAirline ialah pembayaran gaji kakitangan dan bayaran balik kepada penumpang.

Pengasas MYAirline dan 4 syarikat gagal batal saman 15 pelabur
Saman oleh 15 pelabur terhadap pengasas bersama dan pemegang saham terbesar MYAirline, dan empat lagi syarikatnya akan ditentukan melalui perbicaraan penuh tahun depan.

MYAirline: PERKESO terima 533 permohonan faedah SIP, 277 lulus
Kementerian Sumber Manusia prihatin dalam memastikan pekerja MYAirline tidak tertindas biarpun status kontrak perkhidmatan mereka seakan-akan tergantung.

MYAirline optimis dapat pelabur baharu untuk beroperasi semula
Azharuddin optimis dalam usaha mendapatkan pelabur baharu bagi memastikan kebajikan lebih 900 pekerja terbela.