Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini berkata kes seorang pesakit disyaki dijangkiti leptospirosis yang kini dirawat di sebuah pusat perubatan didapati tidak mempunyai kaitan dengan meminum air tebu dari bazar Ramadan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata ini kerana kesemua rakan pesakit berkenaan yang berkongsi air tebu didapati berada dalam keadaan sihat.
"Hasil daripada pemantauan juga mendapati, sehingga kini tiada kes tambahan dilaporkan berhubung kejadian risiko mendapat jangkitan leptospirosis melalui meminum air tebu yang dibeli di bazar Ramadan pada 23 Jun," katanya.
Beliau berkata demikian ekoran gambar yang tersebar secara meluas di media sosial berkenaan pesakit leptospirosis di sebuah pusat perubatan yang telah dikaitkan dengan meminum air tebu daripada bazar Ramadan.
Katanya pesakit berkenaan dimasukkan ke pusat perubatan tersebut pada 26 Jun setelah mengalami demam selama tiga hari, pening kepala, sakit perut, muntah dan cirit-birit dan berdasarkan tanda-tanda klinikal, pesakit disyaki mendapat jangkitan leptospirosis.
Beliau berkata siasatan lanjut berhubung punca jangkitan mendapati pesakit berkemungkinan dijangkiti leptospirosis ketika melakukan aktiviti rekreasi dan mandi di Latar Lembek Felda Tersang, Raub, Pahang bersama rakannya pada 13 dan 14 Jun lalu.
Dr Noor Hisham berkata terdapat antara rakannya juga mengalami gejala demam dan sakit sendi.
"Namun begitu, kesemua rakannya telah pun sihat pada masa kini," katanya.
Jelasnya siasatan sedang dijalankan dan tindakan kawalan serta pencegahan sedang dilaksanakan berhubung risiko kemungkinan jangkitan leptospirosis di Latar Lembek Felda Tersang, Raub, Pahang.
Katanya, KKM juga ingin memaklumkan bahawa adalah salah daripada segi privasi dan kerahsiaan untuk mengedar gambar dan keadaan kesihatan tanpa kebenaran pesakit berkenaan.
"Oleh kerana situasi ini telah berlaku, KKM telah pun mendapatkan kebenaran daripada keluarga pesakit bagi menjelaskan keadaan beliau," katanya.
Bernama
Tue Jun 30 2015
Sebelum ini tersebar secara meluas di media sosial berkenaan pesakit leptospirosis di sebuah pusat perubatan yang telah dikaitkan dengan meminum air tebu daripada bazar Ramadan. - Gambar Hiasan
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Ikhtiar Rakan KKM sedia pilihan rawatan pada kadar berpatutan
Ikhtiar Rakan KKM melibatkan kerjasama (GLIC) bagi menyediakan pilihan perkhidmatan kesihatan berbayar pada kadar berpatutan kepada pesakit.
Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran sekolah berasrama penuh (SBP) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.
Lima rakan kerja syarikat IT didakwa ubah suai kandungan aplikasi tanpa kebenaran KKM
Lima rakan sekerja sebuah syarikat IT didakwa melakukan pengubahsuaian kandungan sebuah aplikasi tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan.
Belanjawan 2025 dijangka perluas asas cukai seperti cukai gula, HVGT, GloBE - Ahli ekonomi
Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
Korban Gaza meningkat kepada 42,227
Dalam tempoh 24 jam yang lalu, serangan Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 52 orang dan mencederakan 128 yang lain.
Akta 852: KKM yakin kadar merokok menurun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan
Kementerian Kesihatan yakin prevalens kebangsaan merokok mampu turun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan susulan penguatkuasaan Akta 852.
Akta 852: Langkah penting bentuk tingkah laku, pemikiran masyarakat
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang mula berkuat kuasa Selasa langkah dinantikan dan penting untuk negara.
Kawalan produk rokok: Akta 852 dikuatkuasakan secara berhemah - Dzulkefly
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan dikuatkuasakan secara berhemah dan munasabah.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.