KUALA LUMPUR : Malaysia merekodkan 126 kematian akibat COVID-19 hari ini, yang juga merupakan rekod kematian tertinggi pernah dicatatkan negara sejak pandemik itu melanda.

Berikut tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:

1. Kes kematian tertinggi, 126 kes kematian baharu.

2. 7,703 kes baharu, kes keseluruhan 587,165 kes.

3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 82,274 kes.

4. 878 kes sedang dirawat di ICU, 441 kes perlukan bantuan pernafasan.

5. Jumlah kes sembuh catat pertambahan sebanyak 5,777 kes.