KUALA LUMPUR: Dua negeri di utara Semenanjung, Kedah dan Perlis mencatatkan peningkatan kes baharu penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-21 iaitu dari 22 hingga 28 Mei.
Di KEDAH, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata sebanyak 1,178 kes baharu penyakit itu direkodkan pada ME-21 berbanding 790 pada minggu sebelumnya sekali gus menjadikan jumlah kes HFMD di negeri itu kini 3,403 kes.
Menurutnya lima kluster baharu dilaporkan melibatkan satu tadika, satu taska dan tiga prasekolah iaitu empat daripadanya diarah tutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 sementara sebuah lagi premis tidak ditutup setelah didapati berisiko rendah daripada penyebaran jangkitan.
"Semua kes yang dilaporkan menunjukkan gejala ringan dan telah diberikan rawatan pesakit luar serta tiada kes yang mengalami komplikasi teruk atau memerlukan rawatan intensif," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Mohd Hayati berkata daerah Kuala Muda mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 785 kes, diikuti Kubang Pasu dengan 494 kes, Kulim (451 kes) dan Kota Setar (380 kes).
Sementara itu, di PERLIS, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Sirajuddin Hashim berkata sebanyak 936 kes HFMD direkodkan sehingga kini sejak 1 Jan lepas, iaitu peningkatan 10 kali ganda bagi tempoh yang sama bagi tahun 2021 (semasa Pandemik) iaitu 109 kes.
Beliau berkata peningkatan kes mula melebihi paras waspada pada ME-13 (27 Mac-2 April) dengan 15 kes dilaporkan dan meningkat sehingga melebihi paras amaran dengan 28 kes pada ME-14 (3-9 April) .
"Kes ini semakin memuncak pada ME-20 (15-21 Mei) dan ME-21 disebabkan aktiviti sosial semasa sambutan Hari Raya. Peningkatan kes ketara berlaku sejak April 2022 berikutan kebenaran aktiviti serta kehadiran penuh di pusat jagaan, taska, tabika, tadika, prasekolah dan sekolah," katanya.
Beliau berkata jabatan itu sebelum ini menetapkan indikator kes HFMD pada paras waspada jika 12 kes sehari direkodkan manakala paras amaran iaitu 18 kes sehari.
Sehingga kini, 10 wabak (penularan) dilaporkan di Perlis pada tahun ini melibatkan lima taska, tiga tadika dan sebuah tabika. Terdapat dua wabak yang masih aktif di sebuah taska dan sebuah tabika.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Dua negeri di utara Semenanjung, Kedah dan Perlis mencatatkan peningkatan kes baharu penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). - Gambar fail/hiasan
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
12 murid dijangkiti HMFD, sebuah SJKC di Bahau ditutup
Sebuah SJKC di Bahau diarah tutup selama empat hari selepas 12 muridnya dikesan dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang
Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 Sept.
45 murid dijangkiti HFMD, Perak ambil langkah kawalan - Exco
Sejumlah 45 murid di beberapa daerah negeri ini antaranya Kinta Utara, Kinta Selatan, Larut, Matang dan Selama, Muallim dan Kerian dikesan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
HFMD di Johor meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes
Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Johor dilaporkan meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes pada Minggu Epidemiologi ke-22 (ME22) iaitu bagi tempoh 28 Mei hingga Sabtu lepas.
Bilangan kes HFMD melepasi paras amaran kebangsaan
Selangor menyumbang kes tertinggi, diikuti Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor dan Sarawak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.
HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam
Sebanyak 8,376 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lepas hingga semalam, peningkatan sebanyak 79 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.
Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam
Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 6,048 kes (86.6 peratus).