Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan supaya dua isu perundangan dalam kes hasutan yang dihadapi pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Azmi Sharom dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.
Dalam keputusannya, Hakim Kamardin Hashim berkata setelah meneliti hujahan bertulis pemohon (Azmi) dan responden (pendakwaan), beliau berpandangan bahawa kes terhadap pemohon adalah sesuatu kes yang wajar untuk dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan sebagai suatu kes yang khas.
Kamardin berkata beliau percaya keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap dua persoalan undang-undang itu dapat diputuskan secara muktamad, cepat dan berekonomi.
"Kes membabitkan Azmi dan beberapa individu yang lain membabitkan Akta Hasutan dan isu yang dibangkitkan melibatkan suatu persoalan yang serius terhadap keabsahan Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang akan menentukan pertuduhan terhadap pemohon," katanya.
Dalam membenarkan permohonan Azmi untuk merujuk dua isu itu ke Mahkamah Persekutuan, beliau berkata mahkamah mengguna pakai peruntukan di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Persoalan pertama itu adalah sama ada Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 bercanggah dengan Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu terbatal menurut Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Persoalan kedua, sama ada Akta Hasutan 1948 suatu Akta yang sah dan berkuat kuasa menurut Perlembagaan Persekutuan.
Kamardin juga memerintahkan semua prosiding kes itu di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen digantung sementara menunggu Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai kedua-dua isu berkenaan.
Pada 17 Sept lepas, Azmi memfailkan permohonan bagi mendapat perintah agar Mahkamah Tinggi merujuk dua persoalan undang-undang itu kepada Mahkamah Persekutuan bagi menentukan sama ada Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berpelembagaan atau tidak.
Azmi juga memohon perintah agar pertuduhan yang dihadapinya digantung dan/atau dibatalkan.
Sebelum itu pada 2 Sept, Azmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung krisis kerajaan negeri Perak 2009.
Dia dituduh menyebut perkataan menghasut itu di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Jalan Hang Tuah di sini pada 12.30 tengah hari, 15 Ogos lepas.
Azmi, yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM, turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan perkataan menghasut berhubung krisis sama, pada masa dan di tempat yang sama.
Kedua-dua pertuduhan dibuat masing-masing mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam Gobind Singh Deo.
Bernama
Wed Nov 05 2014
![Kes hasutan pensyarah UM dirujuk ke Mahkamah Persekutuan Kes hasutan pensyarah UM dirujuk ke Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/61412130536_295x200.jpg)
Pada 17 Sept lepas, Azmi memfailkan permohonan bagi mendapat perintah agar Mahkamah Tinggi merujuk dua persoalan undang-undang itu kepada Mahkamah Persekutuan. - Gambar Fail
![6 terbunuh, 4 cedera dalam tembakan di Croatia 6 terbunuh, 4 cedera dalam tembakan di Croatia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721665257_tembakanCroatia.jpg)
6 terbunuh, 4 cedera dalam tembakan di Croatia
Enam orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam kejadian tembakan di Rumah Orang Tua di Daruvar, timur Croatia, pada Isnin.
Reka bentuk ART Sarawak didedahkan
Reka bentuk terakhir bagi Transit Aliran Autonomi (ART) Sarawak yang bakal menjadi sistem pengangkutan awam moden di negeri itu, didedahkan pada Majlis Sambutan Hari Sarawak 2024 malam tadi.
Sarawak kini fokus tingkatkan pendapatan isi rumah
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak meningkat sebanyak US$2,000 kepada US$17,000 pada 2023 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mengekalkan status Sarawak sebagai kawasan berpendapatan tinggi yang diiktiraf Bank Dunia.
Dinding Mydin Manjoi runtuh, dua cedera terkena serpihan
Dua cedera terkena serpihan batu bata selepas dinding Pasaraya Mydin Manjoi yang terbakar Mac lalu, runtuh dalam kejadian petang ini.
SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'Deepfake'
Orang ramai digesa bewaspada terhadap taktik penipuan pelaburan 'Deepfake' yang dicipta melalui AI untuk menyamar sebagai individu dan nama syarikat terkemuka.
Suri rumah diarah menjalani pemeriksaan mental
Seorang suri rumah yang didakwa mencederakan anaknya yang berusia 5 tahun 8 bulan diarah menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
![PM Anwar sedih atas pemergian James C. Scott PM Anwar sedih atas pemergian James C. Scott](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721664542_JamesCScott.jpg)
PM Anwar sedih atas pemergian James C. Scott
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih yang mendalam atas pemergian James C. Scott, seorang profesor terkenal dari Universiti Yale.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Skuad B-19 terus mengaum di Surabaya, belasah Singapura 5-0 Skuad B-19 terus mengaum di Surabaya, belasah Singapura 5-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721664266_skuadBbolasep.jpg)
Skuad B-19 terus mengaum di Surabaya, belasah Singapura 5-0
Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan meneruskan rentak cemerlang dengan membelasah Singapura 5-0 pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia, hari ini.
![Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707116762_TBTONYPUAjpg.jpg)
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
![Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659350390_LogoPDRM.jpg)
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
![Roslizal Razali telah ditahan - PDRM Roslizal Razali telah ditahan - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681343793_roslizal.jpg)
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
![Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680153098_TBAARONAGO.jpg)
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
![Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-04/61525082282_nazriaziz.jpg)
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
!['Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri 'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649648751_TBNazriAziz.jpg)
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
![Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666912786_PolisNafi.jpg)
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
![Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651662264_MuhammadAdnanPitch.jpg)
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
![Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61591788822_DatukAbdulJalilHa.jpg)
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
![Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51609073746_WanAhmadFayhsal.jpg)
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.