PUTRAJAYA: Seorang lelaki warga Yaman hari ini terlepas daripada tali gantung kerana mengedar 1.8 kilogram metamfetamin apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan agar kes itu dibicarakan semula.
Perkara itu dimaklumkan kepada pemberita melalui aplikasi WhatsApp oleh peguam Rahmat Hazlan yang mewakili Yahya Hussein Mohsen Abdulrab, 31.
Rahmat berkata panel tiga anggota yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat itu sebulat suara bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa peguam sebelum ini "adalah terlampau tidak kompeten."
"Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan berpendapat Mahkamah Rayuan terkhilaf apabila memerintahkan kes itu dibicarakan semula dan bukannya tertuduh dibebaskan. Selepas mendapati perayu (Yahya Husein) dinafikan haknya untuk mendapat perbicaraan yang adil secara konstitusional, perintah yang tepat ialah dia sepatutnya dibebaskan.
"Penafian hak sedemikian dengan sendirinya sudah mewajarkan pembebasan tertuduh. Berdasarkan merit kes ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa bukti tambahan juga menunjukkan terdapat keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan," kata peguam itu sambil menambah mahkamah kemudian memerintahkan agar perayu dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.
Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh and Datuk Nallini Pathmanathan.
Rahmat juga berkata perayu telah berada dalam tahanan lebih lapan tahun dan mahkamah berpendapat bahawa adalah tidak adil untuk memerintahkan kes itu dibicarakan semula kerana ini akan menyebabkan Yahya Hussein terpaksa meringkuk lebih lama di dalam penjara.
Pada 2014, Yahya Hussein dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas dia didapati bersalah mengedar 1.8 kilogram metamfetamin di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Tawau pada kira-kira 11 pagi 25 Julai 2013 mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.
Tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengenepikan hukuman itu dan memerintahkan kes tersebut dibicarakan semula selepas memutuskan Yahya Hussein telah dinafikan haknya untuk mendapat perbicaraan secara adil akibat 'ketidakcekapan peguam' yang mewakilinya.
Yahya Hussein kemudian merayu kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan perintah agar dia dilepas dan dibebaskan.
Yahya Hussein turut diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Wan Aizuddin Wan Mohammed manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 13 2021
Panel tiga anggota yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat itu sebulat suara bersetuju dengan Mahkamah Rayuan bahawa peguam sebelum ini "adalah terlampau tidak kompeten."
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
AGC bantah saman pemula Yusoff Rawther berhubung jaminan kes dadah
Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah saman pemula difailkan Muhammed Yusoff Rawther terhadap kerajaan Malaysia berhubung jaminan bagi pertuduhan kes mengedar dadah dihadapinya.
Video tular: Polis kenal pasti identiti suspek samun, letak parang di leher juruwang
Polis Sarikei mengenal pasti lima suspek yang terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Jalan Meruton pada awal pagi 17 Okt lepas.
Miliki pistol tiruan, Yusoff Rawther didakwa sekali lagi
Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan, bulan lepas.
Penjawat awam direman empat hari, bantu siasatan kes rasuah RM30,000
Tiga individu termasuk dua penjawat awam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM30,000.
Yusoff Rawther ditahan polis
Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther ditahan sejak Jumaat lalu selepas polis menemui dua pucuk pistol tiruan dan bahan dipercayai dadah.
Doa buat Mamat tidak pernah putus untuk kembali ke pentas - Exists
Doa buat vokalis kumpulan Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, agar beliau dapat kembali beraksi di pentas tidak pernah putus.
Nia Ramadhani akui pengalaman dipenjara hikmah terbesar dalam hidup
"Semoga apa yang terjadi dengan saya sebelum ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar oleh orang di luar sana."
Mamat Exist lega dua kes dadah sudah selesai
Bekas vokalis Exist, Mamat mengakui kini boleh menarik nafas lega selepas dua kes dadah yang menghantuinya sebelum ini sudah pun selesai di mahkamah pada Isnin.
Cliff Umar mengaku bersalah miliki dadah
Juara sebuah program realiti TV, Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas pertuduhan memiliki dadah jenis heroin, Ahad lalu.
'Alhamdulillah, sekarang duduk di hospital makin sihat' - Yasin
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman merasakan dirinya semakin sihat sejak menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.