KUALA LUMPUR: Jumlah kumulatif kes denggi pada tahun ini hingga 16 Dis lepas meningkat sebanyak 89.3 peratus iaitu 117,505 kes berbanding 62,060 kes pada 2022, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
Dr Muhammad Radzi berkata dalam tempoh sama, sebanyak 92 kes kematian akibat komplikasi demam denggi turut direkodkan iaitu meningkat daripada hanya 49 kematian pada tahun lepas.
"Pada Minggu Epidemiologi ke-50 2023 (ME50) iaitu bagi tempoh 10 hingga 16 Dis, jumlah kes denggi dilaporkan turut meningkat sebanyak 6.5 peratus atau 192 kes dengan 3,140 kes direkodkan berbanding 2,948 kes pada minggu sebelumnya.
"Bilangan lokaliti 'hot spot' yang dilaporkan pada ME50 juga bertambah kepada 124 lokaliti berbanding 101 lokaliti hot spot pada minggu sebelumnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini
Beliau berkata daripada jumlah itu, 95 lokaliti adalah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (13 lokaliti), Perak (tujuh lokaliti), Sabah (empat lokaliti), Negeri Sembilan (dua lokaliti) dan masing-masing satu lokaliti di Kedah, Pulau Pinang dan Sarawak.
Beliau berkata pihaknya menjangkakan kes denggi terus meningkat hingga tahun hadapan, oleh itu masyarakat perlu terus memberi perhatian serta mengambil langkah berjaga-jaga terhadap jangkitan itu tatkala negara ketika ini juga sedang berdepan peningkatan kes COVID-19.
Menurutnya menjaga kebersihan rumah dan persekitaran serta memastikan ia bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes adalah tanggungjawab bersama.
"Masyarakat dinasihatkan untuk terus melakukan aktiviti gotong-royong kendiri. Luangkan masa bersama keluarga memeriksa tempat pembiakan aedes di dalam dan persekitaran kediaman kita sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu," katanya.
Orang ramai yang secara berterusan mempunyai simptom denggi seperti demam berterusan, cirit-birit dan sakit badan walaupun diuji negatif COVID-19, juga dinasihatkan untuk menjalani ujian demam di fasiliti kesihatan yang berhampiran.
Dalam pada itu bagi survelan kes chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata tiada wabak chikungunya dikesan pada ME50 namun satu kes direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes penyakit itu sehingga kini ialah 193 kes .
Bagi survelan zika pula, beliau berkata sebanyak 3,733 sampel darah dan 411 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemua sampel itu negatif.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2023

Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran serta memastikan ia bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes adalah tanggungjawab bersama. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi meningkat pada ME39, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,760 kes pada Minggu Epidemiologi ke-39 (ME39) iaitu bagi tempoh 22 hingga 28 September lepas berbanding 1,514 kes pada minggu sebelumnya.

Kes denggi sedikit meningkat pada ME33, tiga kematian direkod
Kes demam denggi mencatatkan sedikit peningkatan kes pada Minggu Epidemiologi ke-33 (ME33) iaitu bagi tempoh 11 Ogos hingga 17 Ogos lepas kepada 2,294 kes berbanding 2,278 kes pada minggu sebelumnya,

Kes demam denggi menurun, tiada kematian direkod minggu lalu
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 2,508 kes pada Minggu Epidemiologi ke-23 (ME23) iaitu bagi tempoh 2 hingga 8 Jun lepas berbanding 2,522 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.

Denggi: Jabatan Kesihatan serbu rumah warga asing di Pulau Pinang
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengambil tindakan drastik memeriksa rumah yang disewakan kepada warga asing di sekitar Machang Bubok.

Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

2 lagi kes kematian akibat denggi di Johor
Dua kematian akibat denggi dilaporkan di Johor pada Minggu Epid 10/2024 menjadikan jumlah kematian sebanyak tujuh kes dan 1,420 kes denggi dikesan menjadikan kumulatif 3,764 kes.

Kes denggi menurun, empat kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,483 kes pada Minggu Epidemiologi ke-7 (ME07) 2024 iaitu bagi tempoh 11 Feb hingga 17 Feb lepas.

Kes denggi menurun pada ME06, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,631 pada Minggu Epidemiologi ke-06 (ME06) 2024 dengan satu kematian dilaporkan.