Kes demam denggi berjaya dikurangkan untuk tempoh dua tahun berturut-turut sejak 2015, hasil tindakan bersepadu daripada pelbagai kementerian, agensi, masyarakat dan individu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata berbanding 2015 yang mencatatkan kes demam denggi tertinggi sebanyak 120,836 kes, kes yang sama telah menunjukkan penurunan pada 2016 dan 2017 masing-masing kepada 101,357 kes dan 83,849 kes.
"Sebanyak 177 kes kematian akibat demam denggi direkodkan di seluruh negara pada tahun lepas, penurunan sebanyak 60 kematian berbanding 2016 iaitu 237 kes kematian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Kebangsaan yang terdiri daripada tujuh kementerian dan pelbagai agensi telah ditubuhkan pada Julai 2014 untuk menggerakkan agensi serta masyarakat dalam menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi.
Ia termasuklah kerjasama dalam menjalankan beberapa aktiviti gotong-royong mega, operasi penguatkuasaan, iklan dan promosi pencegahan demam denggi serta program pendidikan kepada pelajar dan masyarakat.
Noor Hisham berkata menerusi operasi pengkuatkuasaan bersepadu yang dijalankan pada tahun lepas, sebanyak 2,458 tapak pembinaan, 13,408 tapak komersial, 639 tapak semaian dan 1,698 premis barang lusuh telah diperiksa.
"Hasil pemeriksaan, sejumlah 1,702 kompaun dengan nilai RM534,000 telah dikeluarkan manakala 38 tapak binaan telah menerima arahan penutupan," katanya.
Dalam pada itu katanya, jumlah kes Chikungunya yang direkodkan pada tahun lepas adalah sebanyak 270 kes iaitu 190 kes dari Kedah, 33 kes (Selangor), 24 kes (Johor), 19 kes (Kelantan) dan masing-masing dua kes dari Perak dan Sarawak.
Pemantauan sistem survelan virus Zika juga terus dipergiatkan dan sehingga 30 Dis 2017, keputusan ujian bagi 2,304 sampel darah dan 33 sampel air kencing dalam kalangan pesakit yang menunjukkan gejala jangkitan virus Zika didapati negatif, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2018
Kes demam denggi berjaya dikurangkan untuk tempoh dua tahun berturut-turut sejak 2015, kata Ketua Pengarah Kesihatan. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kes demam denggi menurun pada ME 37, tiada kematian dilaporkan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.
Demam denggi meningkat, 5 lagi kematian direkod minggu lalu
Kes demam denggi dilaporkan terus meningkat kepada 2,805 kes pada Minggu Epidemiologi ke-27 (ME 27) iaitu bagi tempoh 30 Jun hingga 6 Julai lepas berbanding 2,788 kes pada minggu sebelumnya.
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.
2 kematian akibat denggi minggu lalu
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,438 kes pada Minggu Epidemiologi ke-25 (ME25) iaitu bagi tempoh 16 hingga 22 Jun berbanding 2,900 kes pada minggu sebelumnya.
KKM tambah 9 lokaliti baharu pelepasan nyamuk 'berwolbachia' tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menambah sembilan lagi lokaliti bagi projek pelepasan nyamuk Aedes 'BerWolbachia' melibatkan beberapa negeri di Semenanjung.
Kes demam denggi menurun pada ME21, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 2,426 kes pada Minggu Epidemologi ke-21 (ME21) iaitu bagi tempoh 19 Mei hingga 25 Mei lepas.
Kes demam denggi di Kelantan dijangka meningkat semasa Aidiladha
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangka kes-kes demam denggi di negeri ini akan meningkat semasa musim perayaan Aidiladha pada bulan Jun ini.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.