NASIB penyampai radio, Ismahalil Hamzah yang kini berdepan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu akan diketahui 27 Februari nanti.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada Ismahalil akan dibebaskan atau dipanggil membela diri terhadap pertuduhan tersebut.
Keputusan itu akan diumumkan oleh Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas selesai mendengar keterangan lima saksi pendakwaan pada perbicaraan bermula Oktober 2022.
Tarikh itu dimaklumkan kepada wakil media oleh peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Ismahalil selaku tertuduh.
Sekiranya mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa wujud kes prima facie terhadap Ismahalil, maka dia perlu membela diri.
Sebaliknya, jika mahkamah mendapati pidak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie, Ismahalil akan dilepas dan dibebaskan.
Pihak pendakwaan menutup kes pada 9 Januari lalu selepas mendengar keterangan saksi terakhir iaitu pegawai penyiasat yang juga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Gua Musang, ASP Khairul Hamizi Desa.
Menurut peguam itu, perbicaraan berlangsung pada 19, 20 dan 31 Oktober 2022 dan bersambung pada 3 dan 9 Januari lalu.
Adi Zulkarnain turut memaklumkan, mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis pada atau sebelum 9 Februari ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim manakala peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar turut mewakili Ismahalil.
Mengikut pertuduhan, Ismahalil, 49, didakwa mengedar dadah seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini pukul 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pada 27 Januari 2022, Mahkamah Majistret membenarkan kes Ismahalil dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Kes dadah itu dipindah dan dibicarakan ke Mahkamah Tinggi berikutan hukuman bagi pertuduhan tersebut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Pada 21 Februari 2022, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis, dua tahun lalu.
Astro Awani
Wed Jan 25 2023
![Kes dadah: Bebas atau bela diri, nasib Ismahalil diketahui 27 Feb Kes dadah: Bebas atau bela diri, nasib Ismahalil diketahui 27 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674628325_ismahalilhamzah.jpg)
Pada 21 Februari 2022, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis, dua tahun lalu. - Gambar fail
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Bekas penyampai radio Ismahalil bebas, terlepas hukuman mati Bekas penyampai radio Ismahalil bebas, terlepas hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689569087_Ismahalil.jpg)
Bekas penyampai radio Ismahalil bebas, terlepas hukuman mati
Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada satu tuduhan mengedar dadah.
![Kes dadah: Bekas penyampai radio Ismahalil diperintah bela diri Kes dadah: Bekas penyampai radio Ismahalil diperintah bela diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674627405_IsmahalilHamzahkesda.jpg)
Kes dadah: Bekas penyampai radio Ismahalil diperintah bela diri
Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lepas.
![Kes dadah: Bebas atau bela diri, nasib Ismahalil diketahui 27 Feb Kes dadah: Bebas atau bela diri, nasib Ismahalil diketahui 27 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674628325_ismahalilhamzah.jpg)
Kes dadah: Bebas atau bela diri, nasib Ismahalil diketahui 27 Feb
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada Ismahalil akan dibebaskan atau dipanggil membela diri terhadap pertuduhan tersebut.
![Bicara kes dadah penyampai radio Ismahalil bermula 19 Okt Bicara kes dadah penyampai radio Ismahalil bermula 19 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645420791_Ismahalilmengakut.jpg)
Bicara kes dadah penyampai radio Ismahalil bermula 19 Okt
Pihak Ismahalil bercadang untuk memanggil enam hingga tujuh saksi pendakwaan untuk memberi keterangan.
![Ismahalil mengaku tidak salah edar dadah Ismahalil mengaku tidak salah edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645420791_Ismahalilmengakut.jpg)
Ismahalil mengaku tidak salah edar dadah
Penyampai radio, Ismahalil Hamzah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis tahun lalu.