PUTRAJAYA: Permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin bagi mendapatkan kebenaran merayu penghakiman terus yang dimasukkan terhadap mereka dalam kes cukai tertunggak masing-masing akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Mei.
Perkara itu dimaklumkan kepada media oleh peguam Wee Yeong Kang, yang mewakili Najib dan Nazifuddin, selepas prosiding pengurusan kes hari ini.
Kes itu didengar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Rasidah Roslee yang turut dihadiri oleh peguam Sakinah Najwa Hussin bagi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Abhilaash Subramaniam mewakili Badan Peguam Malaysia yang bertindak sebagai 'amicus curiae' atau sahabat mahkamah.
Wee berkata semalam, mahkamah membenarkan permohonan peguam LHDN untuk menangguhkan pendengaran permohonan itu yang dijadual pada 16 Feb depan.
Beliau berkata LHDN turut memohon untuk menangguhkan prosiding pada 8 Feb lepas kerana seorang daripada peguamnya positif COVID-19.
Najib dan Mohd Nazifuddin memfailkan notis usul ke Mahkamah Persekutuan bagi memperoleh kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan mereka mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi, berhubung pembayaran cukai berkenaan.
Pada 9 Sept lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus bagi menuntut tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin.
Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Perintah terhadap Najib dan Mohd Nazifuddin dikeluarkan masing-masing pada 22 dan 6 Julai tahun lepas oleh Hakim Datuk Ahmad Bache dan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.
Pada 25 Jun 2019, kerajaan menerusi LHDN memfailkan saman terhadap Najib, menuntut beliau membayar RM1.69 bilion bagi cukai pendapatan yang belum dibayar, kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
LHDN, melalui kerajaan Malaysia, turut memfailkan saman terhadap Mohd Nazifuddin pada 24 Julai 2019 yang didakwa masih belum membayar cukai untuk tahun taksiran 2011 hingga 2017 berjumlah RM37,644,810.73 seperti yang dinyatakan melalui notis taksiran bertarikh 15 Mac 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 11 2022

Najib dan Mohd Nazifuddin memfailkan notis usul bagi memperoleh kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan mereka mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi, berhubung pembayaran cukai berkenaan.

MTCDP sokong pertumbuhan 348 MTC sehingga kini - MATRADE
MATRADE berhasil dalam memperkasakan dan membimbing 348 MTC daripada pelbagai sektor melalui MTCDP sehingga kini.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

Manfaat PKS: MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta
Dana itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi.

Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste - Nik Nazmi
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju.

Sarawak terajui peranan tangani perubahan iklim menerusi pembangunan lestari
Sarawak teguh dengan dasar penyahkarbonan dan kelestarian, memainkan peranannya dalam perjuangan memerangi perubahan iklim demi kepentingan umat manusia sejagat.
Yoon Suk Yeol pertahan keputusan isyihar darurat
Susulan itu, lapan hakim yang mengendalikan kes ini akan memutuskan sama ada untuk menyingkirkan Yoon daripada jawatan atau mengembalikannya ke tampuk kepimpinan.
Taiwan tahan kapal kargo China
Pengawal pesisir Taiwan pada Selasa menahan sebuah kapal kargo milik China sebagai respon terhadap isu kabel dasar laut Penghu di selat Taiwan yang terputus. Pihak pengawal pesisir wilayah itu dalam kenyataan berkata, pihaknya menghantar tiga buah kapal bagi mengepung kapal 'Hong Tai 58' yang didaftarkan di bawah Republik Togolese.
Qatar tuan rumah Persidangan Web 2025
Persidangan Web Antarabangsa yang membuka tirainya buat julung kali di Doha, Qatar dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dari serata dunia. Penganjur sidang berkata, mereka yang hadir termasuk lebih 1,500 pelopor syarikat pemula, ribuan figura pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan teknologi dari 90 buah negara dan rantau seluruh dunia.

Guru rugi RM7.3 juta angkara Macau Scam
Mangsa yang agak panik kemudiannya menuruti arahan suspek dan menyambung panggilan kepada seorang pegawai polis.

Kes cukai tertunggak: Permohonan kebenaran merayu Najib, Nazifuddin didengar 10 Mei
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Wee Yeong Kang, yang mewakili Najib dan Nazifuddin, selepas prosiding pengurusan kes hari ini.

Wang RM12,600 lesap diperdaya sindiket menyamar pegawai LHDN
Wanita itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa sebagai pegawai LHDN dan memaklumkan mangsa mempunyai cukai tertunggak di atas perniagaan miliknya.

Juruteknik rugi RM470,000 diperdaya 'wakil LHDN'
Mangsa diarahkan untuk memberikan maklumat kesemua akaun bank yang ada berserta kata laluan dan nombor pada kad mesin juruwang automatik (ATM).

Kes cukai tertunggak RM1.69 bilion: Najib gagal gantung perintah mahkamah
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menggantung pelaksanaan perintah beliau perlu membayar cukai tertunggak sebanyak RM1.69 bilion kepada LHDN.