KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini gagal dalam permohonannya bagi mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk memfailkan tuntutan balas terhadap tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya beliau membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta.
Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menolak permohonan Muhammad Shafee itu selepas mendapati tuntutan balas defendan tidak timbul daripada isu cukai tetapi tindakan mala fide oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC), yang tidak termasuk dalam ruang lingkup yang ditetapkan peraturan yang melarang tuntutan balas.
"Mahkamah mendapati tuntutan balas defendan adalah terhadap pihak seperti SPRM dan AGC, yang bukan sebahagian daripada prosiding ini," katanya.
Mahkamah juga memutuskan bahawa sebarang ketidakpuasan hati terhadap pengiraan cukai boleh ditangani di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP).
Dakwaan Muhammad Shafee bahawa taksiran cukai "mala fide diada-adakan" oleh SPRM dan AGC boleh ditangani dengan cara lain, katanya.
Beliau berkata terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa keseluruhan skim undang-undang cukai di Malaysia ialah pembayaran yang dituntut mesti dibayar tanpa menghadapi rayuan dan prinsip "bayar dahulu, bincang kemudian" adalah diutamakan.
"Mungkin ada rayuan di hadapan PKCP tetapi pembayaran mesti dibuat atau menjadi hutang disebabkan LHDN diberi kuasa undang-undang untuk mengutip tunggakan cukai," katanya sambil menambah bahawa Muhammad Shafee bukanlah pembayar cukai pertama yang ingin memfailkan tuntutan balas dalam prosiding seperti ini.
JC juga mengarahkan peguam itu membayar kos RM5,000 kepada kerajaan.
Sementara itu, mahkamah menetapkan 26 Julai untuk mendengar penghakiman terus oleh LHDN bagi pihak kerajaan terhadap Muhammad Shafee.
Muhammad Shafee memfailkan permohonan itu pada Mei 2021, antara lain atas alasan tuntutan cukai itu adalah serangan terhadap beliau sebagai mangsa politik atas kapasitinya sebagai peguam Datuk Seri Najib Tun Razak dan dianggap sebagai peguam UMNO walaupun dia bukan peguam parti berkenaan.
Muhammad Shafee mendakwa pada 10 Ogos 2018, dua hari selepas pertuduhan 1Malaysia Development Berhad dikenakan terhadap Najib, dan selepas beliau mengeluarkan beberapa kenyataan media yang mengkritik kerajaan Pakatan Harapan, beliau telah dipanggil oleh SPRM untuk memberi kenyataan berhubung penerimaan RM9.5 juta itu.
Susulan kenyataan kepada SPRM, Muhammad Shafee mendakwa satu mesyuarat telah diadakan pada September 2018 antara LHDN, SPRM dan AGC bagi membincangkan tindakan terhadapnya bertujuan tidak menggalakkannya bertindak sebagai peguambela Najib.
Pada 27 Sept 2021, LHDN memohon supaya kes saman terhadap Muhammad Shafee diputuskan melalui penghakiman terus atas alasan antaranya defendan gagal membayar keseluruhan tunggakan cukai pendapatan dan kenaikan cukai yang dikenakan ke atas beliau berjumlah RM9,414,708.32 dalam tempoh yang ditetapkan.
LHDN, yang memfailkan saman itu pada 6 Mei 2021, mendakwa sehingga kini, peguam tersebut masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 termasuk kenaikan yang dikenakan.
Pada 28 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Muhammad Shafee daripada dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib serta dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada LHDN.
Bagaimanapun, pendakwaan pada 1 Nov 2022 telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
Muhammad Shafee diwakili peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee manakala Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus, Norzilah Abdul Hamid dan Muhammad Faqrol Syazreen Mohd Ghause bertindak bagi pihak LHDN.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Mahkamah mendapati dakwaan Muhammad Shafee bahawa taksiran cukai "mala fide diada-adakan" oleh SPRM dan AGC boleh ditangani dengan cara lain. - Fail/Astro AWANI
India akan belanja US$1.2 bilion dalam tujuh tahun bagi kurangkan import minyak makan
Kerajaan India pada Khamis meluluskan inisiatif untuk meningkatkan minyak bijian domestik kepada 69.7 juta tan menjelang 2030-31.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.
1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.
Kes 1MDB Najib: Unsur kepentingan bukan perkara penting yang perlu dibuktikan - Pendakwaan
Pertuduhan terhadap Najib berhubung dana 1MDB jelas menyatakan tempat, masa, tarikh dan kedudukan beliau sebagai seorang pegawai awam serta kesalahannya.
Najib tarik balik rayuan gugur Hakim Sequerah dengar prosiding kes 1MDB
Najib menarik balik rayuannya untuk menggugurkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah daripada mendengar prosiding kes 1MDB.
Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai
Perbicaraan kes saman sivil dikemuka SRC International terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi akan bersambung pada 29 Julai.
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tahanan rumah Najib: Mahkamah Tinggi tolak permohonan afidavit Tengku Zafrul
Ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal dalam usahanya untuk memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Titah Adendum dalam kes Najib.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Ada seorang saksi penting dijangka sokong permohonan Najib untuk tahanan di rumah - Shafee
Seorang saksi penting dijangka memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan kebenaran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan semakan kehakiman.