KUALA LUMPUR:Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius akan peningkatan bilangan kes pandemik COVID-19 yang tinggi dan membimbangkan di Sabah.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kesemua agensi di bawah KDN iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Agensi Kawalan Sempadan dan Jabatan Imigresen telah diarah memperketatkan lagi kawalan sempadan darat dan laut Sabah daripada pencerobohan migran.
“Saya turut mengarahkan bilangan anggota dan operasi yang terlibat dalam Op Benteng ditambah sebagai langkah memastikan pencerobohan migran yang berkemungkinan membawa COVID-19 dan penyebarannya dalam kalangan rakyat tempatan dapat dikekang.
“KDN akan terus memantau perkembangan terkini di semua lokasi panas yang merupakan titik pendaratan atau lorong-lorong tikus digunakan migran untuk menceroboh masuk ke dalam negara,” menurutnya dalam kenyataan.
Hari ini Bernama melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata PDRM akan mengembleng tenaga bagi memastikan prosedur operasi standard bagi mengekang penularan COVID-19 dilaksanakan secara berkesan jika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan semula.
Bernama turut melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 287 kes baharu COVID-19 dicatat dalam tempoh 24 jam lepas dan ia merupakan jumlah kes harian tertinggi pernah direkod sejak permulaan pandemik itu di Malaysia.
Kesemua kes adalah penularan tempatan dan perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul setakat ini berjumlah 11,771 dengan kes aktif sebanyak 1,540.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 02 2020
![Kes COVID-19 di Sabah meningkat, bilangan anggota agensi di bawah KDN ditambah - Hamzah Kes COVID-19 di Sabah meningkat, bilangan anggota agensi di bawah KDN ditambah - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51600767077_HamzahZainuddin.jpg)
HAMZAH: Saya turut mengarahkan bilangan anggota dan operasi yang terlibat dalam Op Benteng ditambah. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Mahkamah Rayuan putuskan dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 sah Mahkamah Rayuan putuskan dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712658182_TBMAHKAMAHPUTRAJAYA.jpg)
Mahkamah Rayuan putuskan dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 sah
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri dan empat lagi untuk mengembalikan semula dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.
![KDN bersedia keluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun KDN bersedia keluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720790586_pejabatpasportLapa.jpg)
KDN bersedia keluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia untuk mengeluarkan pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Pintu pagar balai ditutup 10 malam: Penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa - KPN Pintu pagar balai ditutup 10 malam: Penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Pintu pagar balai ditutup 10 malam: Penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa - KPN
Penyampaian perkhidmatan PDRM berjalan seperti biasa walaupun arahan agar pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam.
![Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720509956_SaifuddinNasutionI.jpg)
Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN
Orang ramai masih boleh membuat laporan dan tiada sebarang halangan selepas waktu itu..
![KDN rampas penerbitan, alat permainan seks bernilai RM1.2 juta KDN rampas penerbitan, alat permainan seks bernilai RM1.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719992825_TBNikYusaimiYussof.jpg)
KDN rampas penerbitan, alat permainan seks bernilai RM1.2 juta
Sejumlah 19,924 hasil penerbitan dan alat permainan seks dirampas dalam Ops Cetak 1.0 yang dilaksanakan oleh KDN di seluruh negara.
![Pezeshkian dahului pemilihan Presiden Iran, kemungkinan undian penentu pada 5 Julai Pezeshkian dahului pemilihan Presiden Iran, kemungkinan undian penentu pada 5 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719657438_MasoudPezeshkian.jpg)
Pezeshkian dahului pemilihan Presiden Iran, kemungkinan undian penentu pada 5 Julai
Keputusan awal dalam Pilihan Raya Presiden ke-14 Iran mendapati Massoud Pezeshkian mendahului setakat ini.
![KDN bangunkan pelan induk kawalan keselamatan sempadan KDN bangunkan pelan induk kawalan keselamatan sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694084663_KDN.jpg)
KDN bangunkan pelan induk kawalan keselamatan sempadan
KDN sedang membangunkan Pelan Induk KDN Berhubung Kawalan Keselamatan Sempadan Negara dalam usaha mengukuhkan lagi keselamatan di sempadan.
![Ancaman Daesh: Pasukan keselamatan sentiasa siap sedia - Saifuddin Ancaman Daesh: Pasukan keselamatan sentiasa siap sedia - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719398317_tbSaifuddinNasution.jpg)
Ancaman Daesh: Pasukan keselamatan sentiasa siap sedia - Saifuddin
Pasukan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan siap siaga dalam menangani sebarang ancaman terutamanya melibatkan elemen kumpulan ekstremis Daesh.
![Laporan JNAS: KDN garis tiga perkara untuk lonjak ke Tahap 1 Laporan JNAS: KDN garis tiga perkara untuk lonjak ke Tahap 1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719314089_SaifuddinNasution.jpg)
Laporan JNAS: KDN garis tiga perkara untuk lonjak ke Tahap 1
KDN komited untuk terus melonjakkan kedudukan negara dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai Pemerdagangan Orang ke Tahap 1.
![Malaysia naik ke Tahap 2 laporan pemerdagangan manusia AS Malaysia naik ke Tahap 2 laporan pemerdagangan manusia AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704448429_TBopskutipjpg.jpg)
Malaysia naik ke Tahap 2 laporan pemerdagangan manusia AS
Peningkatan itu strategik dan signifikan kerana Malaysia sebelum ini dinilai pada Tahap 3 Pemerhatian pada 2023 dan kali terakhir berada di Tahap 2 adalah pada tahun 2017.