KEPALA BATAS: Polis telah merekodkan keterangan 12 pelajar bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul melibatkan 14 pelajar lelaki golongan orang kurang upaya (OKU) di asrama sebuah sekolah menengah di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan ACP Mohd Asri Shafie berkata pihaknya akan merekodkan keterangan beberapa lagi individu termasuk guru dan petugas di asrama sekolah itu bagi membantu siasatan.
"Kami sedang melengkapkan kertas siasatan itu, kemungkinan dalam minggu ini boleh disiapkan sebelum dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian cabul membabitkan suspek pelajar Tingkatan Satu yang juga OKU itu berlaku sejak Oktober lepas dan 14 mangsa itu bertindak memaklumkan perkara tersebut kepada guru sekolah.
"Mangsa-mangsa mendakwa suspek akan mencabul tanpa mengira masa iaitu bila ada peluang dia akan buat (cabul). Mereka (mangsa-mangsa) menjadi trauma dan tidak tahan dengan tindakan suspek dan bertindak mengadu kepada guru sebelum pengetua membuat laporan polis," katanya.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang pelajar Tingkatan Satu bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencabul 14 pelajar lelaki OKU di asrama sebuah sekolah menengah di sini, Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak
Polis menahan seorang bomoh lelaki selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kemaman pada 31 Januari lepas.

Remaja Maghribi mengaku bersalah cabul wanita Malaysia dalam pesawat
Seorang pelajar lelaki Maghribi, mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul penumpang wanita dalam pesawat dari Abu Dhabi, UAE ke Kuala Lumpur, Rabu lalu.

PU Azman mengaku salah lakukan kelucahan melampau, dipenjara 14 bulan
Pendakwah selebriti Azman Syah Alias dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki.

Satu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara
AGC menolak satu daripada dua representasi dikemukakan PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Seremban.

Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang
Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang penumpang wanita, Jumaat lepas.

Kes cabul atlet Sukma: Bekas jurulatih boling dibebaskan
Seorang bekas penolong jurulatih boling dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis atas dakwaan kes cabul ke atas seorang atlet Sukan Malaysia (Sukma) tujuh tahun lalu.

Penganggur direman cabul cucu saudara
Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes cabul cucu saudaranya yang berusia enam tahun.

Pelancong Maghribi mengaku cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Seorang pelancong warga Maghribi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas dakwaan mencabul kehormatan seorang pekerja spa Ahad lalu.

Peniaga pasar malam didakwa rogol, amang seksual anak kawan
Tertuduh, Lim Khim Tai, 47, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.