KAJANG: Polis menemui punca kematian seorang wanita warga asing yang ditemukan maut dalam keadaan bogel di sebuah kedai makan di Bandar Rinching Semenyih di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, hasil laporan bedah siasat Bahagian Perubatan Forensik Hospital Serdang punca kematian adalah disebabkan suspek mengelar dengan menggunakan benda tajam di leher, belakang tengkuk dan tepi pipi mangsa.
"Mayat mangsa masih belum dituntut, kita sedang mengesan warisnya," kata beliau melalui kenyataan pada Jumaat.
Mohd Zaid berkata, pihaknya telah memberkas enam lelaki termasuk tiga lelaki warga Myanmar dan dua lelaki warga Pakistan bagi membantu siasatan.
"Kesemua suspek yang ditahan itu berusia 30 hingga 50 tahun. Kita turut merampas telefon bimbit dan dokumen peribadi milik mangsa.
"Kita juga merampas barang kemas, wang tunai RM2,400 dan pakaian milik suspek yang mempunyai kesan darah," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.
Mohd Zaid berkata, motif kejadian itu adalah dipercayai cemburu.
"Keemua suspek masih dalam tahanan reman sehingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Pada Selasa, media melaporkan sepasukan polis menemui mayat wanita warga Indonesia dalam keadaan tidak berpakaian dan diselimuti oleh kain di sebuah kedai makan pada jam 7.33 pagi.
Dalam kenyataan Mohd Zaid sebelum ini memaklumkan, menurut saksi kali terakhir mangsa berusia dalam lingkungan awal 50-an itu dilihat adalah pada Sabtu ketika dia berniaga di kedai makan tersebut.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Oct 01 2021
Polis menemui mayat wanita warga Indonesia dalam keadaan tidak berpakaian dan diselimuti oleh kain di kedai makan pada Selasa. -Gambar hiasan
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Kes bunuh Nurman Bakaratu dipindah ke Mahkamah Tinggi Tawau
Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakrurrazi Ahmad Salim mengikut Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah.
Lelaki dituduh bunuh ibu kandung
Tertuduh, K.S Sugan, 36, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Lelaki maut, rakan parah bergaduh di pusat hiburan
Lelaki berusia 20-an itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah ketika mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Kes bunuh Zayn Rayyan: Seksyen 26 Akta Keterangan untuk sahkan pendedahan - Polis
Polis menjelaskan penggunaan Seksyen 26(1) Akta Keterangan untuk merekodkan pengakuan ibu Zayn Rayyan di hadapan Majistret pada Rabu adalah selari dengan peruntukan undang-undang.
Datuk, nenek Zayn Rayyan dibebaskan hari ini
Fahmi berkata, kedua-dua individu itu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
[TERKINI] Datuk, nenek Zayn Rayyan ditahan
Datuk dan nenek kepada kanak-kanak austistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis petang ini di sebuah lokasi berdekatan Subang Bestari, Sungai Buloh di Selangor.
Polis tahan lelaki tikam isteri dengan batang besi
Mangsa berusia 48 tahun ditemui terbaring di kawasan garaj rumahnya dengan tiga kesan tikaman di dada dan kecederaan di bahagian kepala.
Reman ibu bapa Zayn Rayyan sambung enam hari
Majistret Ainaa Muhamad Kamal mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mahmud tarik diri jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan
Keputusan tidak mewakili kedua ibu bapa Zayn Rayyan dibuat di atas faktor-faktor tertentu.