Mahkamah Tinggi di sini menetapkan perbicaraan kes pembunuhan Kim Jong Nam akan diadakan di makmal Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya pada Isnin depan.
Perkara itu diputuskan Hakim Datuk Ariffin Zakaria susulan permohonan pihak peguam bela tertuduh pertama, Siti Aisyah untuk melihat bahan bukti sebelum ia ditandakan mahkamah.
"Saya menetapkan perbicaraan akan bersambung semula pukul 10 pagi, 9 Oktober 2017 di makmal Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya.
"Disebabkan kedua-dua tertuduh perlu dibawa ke sana, saya mengarahkan kedua-dua pihak peguam bela untuk hadir pada prosiding tersebut mewakili anak guam mereka," katanya sebelum menangguhkan perbicaraan hari keempat pukul 3.15 petang tadi.
Sebelum itu, peguam Siti Aisyah, Gooi Soon Seng memohon untuk melihat setiap bahan bukti yang akan dikemukakan kepada mahkamah sebelum ditandakan dan menjadi rujukan dalam perbicaraan.
Bagaimanapun, saksi kelapan yang merupakan Ketua Makmal Pusat Analisis Agen Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Raja Subramaniam mencadangkan supaya bahan-bahan bukti tersebut tidak dibuka di dalam mahkamah atas sebab keselamatan.
Antara bahan bukti yang ingin dilihat oleh pasukan pembelaan ialah pakaian yang dipakai oleh kedua-dua tertuduh di mana laporan kimia menunjukkan terdapat kompaun dan degradasi positif agen saraf VX pada pakaian kedua-dua tertuduh.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Oct 05 2017

Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan kes pembunuhan Kim Jong Nam (gambar) akan diadakan di makmal Jabatan Kimia pada Isnin depan. -Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Kepulangan Siti Aisyah disambut dengan air mata
Kepulangan Siti Aisyah ke pangkuan keluarga selepas lebih dua tahun ditahan dalam menjalani proses pengadilan di Malaysia.

Prosiding Jong Nam: Perbicaraan hari kesembilan di KLIA2
Perbicaraan hari kesembilan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong Nam bermula pukul 9.20 pagi tadi di Balai Polis, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).

Malaysia miliki kepakaran mengesan dan menganalisis Agen Saraf VX
Malaysia mempunyai kepakaran dan teknologi untuk mengesan dan menganalisis Agen Saraf VX yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Pembunuhan Kim Jong Nam: Polis siasat bagaimana senjata kimia dibawa masuk
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menyiasat bagaimana bahan kimia jenis 'Agen Saraf VX' yang telah diharamkan, berjaya dibawa masuk ke Malaysia.