Hukuman gantung terhadap seorang pengusaha kantin yang membelasah teman wanitanya sehingga mati dan kemudian tidur semalaman dengan mayat wanita itu sebelum membakarnya pada keesokan pagi, dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Kamardin Hashim berpendapat sabitan atas tuduhan membunuh terhadap Abd Khalid Md Isa adalah selamat.
"Kami mendapati daripada rekod rayuan, jelas perayu (Abd Khalid) sendiri yang telah mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan. Dia memahami sifat dan akibat pengakuannya dan dia mengaku kepada fakta kes," katanya.
Beliau berkata Pesuruhjaya Kehakiman ketika itu Datuk Azmi Ariffin (kini Hakim Mahkamah Tinggi) telah mematuhi Seksyen 178 (2) Kanun Tatacara Jenayah sebelum menerima pengakuan bersalah Abd Khalid dan mensabitkannya atas tuduhan membunuh.
Hakim Kamardin yang bersidang bersama Hakim Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Lau Bee Lan, berkata rayuan Abd Khalid tidak mempunyai merit.
Pada Julai 2016, Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman mati ke atas Abd Khalid selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan membunuh Rohani Hashim, 30, di rumahnya di Jalan Pengkalan Datuk Keramat di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, antara 29 Sept, kira-kira pukul 3 petang dan 1 Okt , 2014, kira-kira 6.40 petang.
Bagaimanapun, pada Disember tahun yang sama, Mahkamah Rayuan menghantar balik kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan semula selepas memutuskan sabitannya tidak selamat.
Walaupun dia diwakili peguam, Abd Khalid, 48, sekali lagi mengaku bersalah terhadap pertuduhan membunuh di hadapan Hakim Azmi yang kemudiannya mensabitkan Abd Khalid dan menjatuhi hukuman mati.
Semasa di Mahkamah Tinggi, Abd Khalid mengaku terhadap fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaan.
Siasatan polis mendapati Abd Khalid telah berulang kali memukul kepala Rohani dengan sepana roda dan menghantukkan kepala wanita itu ke tiang rumah di ruang tamu sehingga menyebabkan kematiannya.
Menurut fakta kes, anak saudara Abd Khalid yang tinggal dengannya (Abd Khalid) melihat Rohani terbaring di selubungi selimut tetapi tidak bergerak sementara Abd Khalid yang kelihatan cemas berbaring di sebelahnya.
Keesokan harinya semasa Abd Khalid tiada di rumah, kakak dan anak saudaranya ke rumah berkenaan dan mendapati kesan darah di bawah permaidani di ruang tamu dan di bawah sofa. Mereka juga menemui bara api di belakang rumah lelaki itu.
Selepas memeriksa, kakak Abd Khalid menemui daging, gigi dan tulang di dalam api itu.
Polis kemudiannya menahan Abd Khalid dan mendapati beg plastik hitam yang ditanam di bawah pokok mengandungi serpihan tulang dan tengkorak manusia. Analisis DNA mengesahkannya sebagai milik Rohani.
Semasa memohon dibicarakan semula, peguam Abd Khalid, P.G. Cyril berkata pesuruhjaya kehakiman sepatutnya mendapatkan penjelasan mengenai keadaan mental Abd Khalid, yang menerima rawatan psikiatri pada masa itu.
Timbalan Pendakwa Raya Samihah Rhazali berkata Abd Khalid telah dihantar untuk pemerhatian psikiatri sebanyak dua kali pada 2016 dan 2017 dan doktor mengesahkan bahawa dia layak dibicarakan dan membuat pengakuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2019

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Kamardin Hashim berpendapat sabitan atas tuduhan membunuh terhadap Abd Khalid Md Isa adalah selamat.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kes bunuh dan tidur dengan mayat teman wanita, Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman gantung
Hukuman gantung terhadap seorang pengusaha kantin yang membelasah teman wanitanya sehingga mati, dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.