KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia telah menyerahkan beberapa gambar dan video Bella, remaja perempuan sindrom Down, serta laporan polis kepada pasukan pembelaan.
Siti Bainun, 31, berkata eksibit lain antaranya tangkap layar hantaran di laman sosial Facebook milik saksi pendakwaan pertama Zurianty Sudin dan video majlis hari jadi saksi pendakwaan kelima Yasmin Nahar Mahmood turut diserahkan kepada peguamnya.
Dia berkata kesemua 218 eksibit itu diserahkan kepada pihak pembelaan untuk penandaan selepas dicetak dan disalin sendiri olehnya.
Wanita itu berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksi pada prosiding membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Terdahulu, Izralizam membenarkan Siti Bainun membaca perenggan kelima dan keenam pernyataan saksinya yang dibantah oleh pendakwaan.
Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas telah memohon supaya beberapa perenggan dalam pernyataan saksi Siti Bainun dipadamkan kerana ia bersifat prejudis.
"Dalam pernyataan saksi bela diri Siti Bainun, tertuduh lebih kepada memberi ulasan dan pandangan termasuk mempertikai keterangan saksi pakar yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan. Kami berhujah tertuduh bukanlah seorang pakar untuk membidas keterangan saksi-saksi kami," katanya.
Peguam Mohammad Farhan Maaruf pula memohon supaya mahkamah membenarkan anak guamnya membaca kesemua pernyataan bertulis yang dipohon pihak pendakwaan untuk dipadamkan kerana ia tidak bersifat prejudis.
Pada prosiding pagi tadi, Siti Bainun memaklumkan kepada mahkamah dia telah melantik semula Mohammad Farhan, yang sebelum ini menarik diri daripada mewakilinya, untuk mengendalikan prosiding membela diri.
Pada 26 Jan lepas, Siti Bainun diarah memberi keterangan walaupun tidak diwakili peguam selepas mahkamah memutuskan prosiding bela diri perlu diteruskan agar tidak mengganggu perjalanan kes.
Dia didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023
Pada prosiding pagi tadi, Siti Bainun memaklumkan kepada mahkamah telah melantik semula Mohammad Farhan, yang sebelum ini menarik diri daripada mewakilinya, untuk mengendalikan prosiding membela diri. - Gambar/ Bernama
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun
Berdasarkan jawapan OKT, jelas membuktikan kecederaan Bella bukan disebabkan insiden kemalangan terkena air panas.
Kes Bella: Siti Bainun ke Penjara Kajang jalani hukuman penjara 12 tahun
Bagi pertuduhan mengabai, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan menganiaya, hukuman penjara 12 tahun.
Siti Bainun didapati bersalah kes abai, aniaya Bella
Pembelaan tertuduh tidak dapat dipercayai atau diterima dan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Kes Bella: Siti Bainun nafi gaul cili beri makan pada Bella
Kata Siti Bainun, dakwaan saksi Suhana Zam tidak benar kerana dia tidak pernah mengambil peduli mengenai keadaan anak-anak jagaannya.
Kes Bella: Hakim berang tunggu Siti Bainun, peguam
Siti Bainun berada di luar mahkamah jawab panggilan ketika hakim sudah masuk untuk memulakan prosiding.
Kes Bella: Hakim nasihat pendakwaan, pembelaan bekerjasama kongsi maklumat
Pihak pendakwaan dan pembelaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda dinasihat berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kes termasuk penyelarasan saksi.
Mulut Bella disumbat kain, saksi takut beritahu polis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa mulut remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, disumbat dengan kain.
Che' Puan Khaleeda santuni Bella, rakan-rakan di Legoland
Dalam perkongsian di laman media sosial, Che' Puan Khaleeda dilihat mesra bersama Bella sambil berkongsi cerita dengannya.
Kes Bella: Selepas TMJ, Bantu-Bantu Malaysia pula cadang tujuh penambaikan elak kes berulang
Antara cadangan adalah penambahan kakitangan terutama di Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM dan tapisan terhadap Taska.
Siti Bainun mula marah, pukul selepas Bella tarik langsir - Saksi
Saksi berkata, sejak kejadian itu, Siti Bainun mula marah-marah dan memukul Bella, namun dia tidak mengetahui motif tertuduh mahu mendera Bella.