KUALA LUMPUR: Penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood hari ini menafikan dakwaan peguam bela, bahawa beliau dibayar untuk memberi keterangan palsu di mahkamah pada perbicaraan kes pengasas rumah kebajikan itu, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella.
Saksi pendakwaan kelima berusia 19 tahun itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Nur A'minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun, pada perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi.
Nur A'minahtul Mardiah: Yasmin telah dibayar oleh 'Justice For Bella' seperti yang dilihat oleh beberapa individu di hadapan mahkamah ini melalui ayah Yasmin, Jumaat lalu (15 April) ?
Yasmin: Tidak.
Yasmin juga menafikan bahawa beliau telah menipu di mahkamah dari hari pertama beliau memberikan keterangan di mahkamah kerana mahukan Siti Bainun dimasukkan ke penjara.
Yasmin juga menafikan kepada beberapa cadangan Nur A'minahtul Mardiah termasuk beliau takut kena dakwa di mahkamah dan ada orang takutkannya yang beliau boleh dipenjara 20 tahun jika tidak melawan Siti Bainun.
Yasmin juga menyatakan tidak kepada soalan Nur A'minahtul Mardiah bahawa beliau mempunyai perasaan iri hari terhadap Bella.
Pada prosiding sebelum ini, Yasmin memberitahu mahkamah bahawa Siti Bainun memijak lutut Bella dan disoal peguam itu hari ini berapa kali lutut bella dipijak dari Mac hingga Jun tahun lepas, saksi itu menjawab: Tidak pasti.
Nur A'minahtul Mardiah: Saya cadangkan berat Siti Bainun 150 kilogram, jadi kalau dia pijak lutut Bella boleh patah, tetapi laporan perubatan menyatakan lutut Bella tidak patah dan tidak retak, Yasmin tahu atau tidak? Yasmin menjawab: Tidak tahu.
Kepada soalan lain, Yasmin bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Bella perlu berdiri setiap hari atas arahan Siti Bainun.
Susulan itu, satu klip video ditayangkan yang mana peguam bertanya soalan apakah yang dilakukan oleh Bella dan saksi itu menjawab: Bella sedang mengutip nasi, Bella tidak berdiri dan tidak duduk.
Nur A'minahtul Mardiah mencadangkan sekiranya Bella disuruh berdiri setiap masa, remaja sindrom Down itu akan mengalami 'inflammation' atau keradangan di lutut serta kaki tidak boleh bergerak. Yasmin menjawab: Tidak tahu.
Dalam prosiding hari ini, mahkamah telah menayangkan satu klip video yang memaparkan Bella mula-mula ditemui oleh pengadu kes ini iaitu saksi pendakwaan pertama Zurianty Sudin, 39, bagaimanapun, pihak media dan orang awam tidak dibenarkan berada dalam mahkamah.
Sejurus tayangan video selesai ditayangkan, Nur A'minahtul Mardiah bertanya kepada saksi itu apabila Zurianty merakam video tersebut tiada satu kali pun Bella menyebut nama Siti Bainun, 'bonda' atau apa-apa panggilan lain dan Yasmin menjawab: Ya, betul.
Yasmin kemudian bersetuju dengan cadangan peguam bahawa dalam rakaman itu Zurianty atau lebih dikenali sebagai 'Mommy' ada bertanyakan kepada Bella siapa yang mengikat remaja itu dan Bella menjawab: 'Shomin'.
Nur A'minahtul Mardiah: Yasmin kata semua terkejut sebab Mommy Zu (Zurianty) tiba-tiba datang dan kemudian buat rakaman dan Yasmin menjawab: Betul.
Nur A'minahtul Mardiah: Jadi jawapan Bella yang sebut nama 'Shomin' juga spontan? Yasmin menjawab: Ya.
Dalam keterangan sebelum ini, Yasmin memberitahu mahkamah bahawa 'Shomin' itu merujuk kepada dirinya.
Sementara itu, Yasmin berkata Bella tidak memberikan sebarang reaksi ketika minum satu penutup cecair pelembut pakaian jenama Softlan.
"Tak ada (reaksi). Dia minum sahaja, lepas itu dia diam," kata saksi itu yang kemudiannya bersetuju dengan cadangan peguam bahawa tiada pelembut pakaian jenama Softlan digunakan di rumah itu sebaliknya pelembut pakaian jenama Downy.
Yasmin juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa semua cerita mengenai Bella makan nasi bercampur cuka dan makan cili adalah satu cerita yang disatukan daripada cerita-cerita di Facebook dan beliau juga tidak bersetuju bahawa beliau kena pastikan semua cerita selari dengan yang apa yang diperkatakan bagi mengelakkan 'Justice For Bella' menjadi malu.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi. - Gambar/ Bernama
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun
Berdasarkan jawapan OKT, jelas membuktikan kecederaan Bella bukan disebabkan insiden kemalangan terkena air panas.
Kes Bella: Siti Bainun ke Penjara Kajang jalani hukuman penjara 12 tahun
Bagi pertuduhan mengabai, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan menganiaya, hukuman penjara 12 tahun.
Siti Bainun didapati bersalah kes abai, aniaya Bella
Pembelaan tertuduh tidak dapat dipercayai atau diterima dan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Kes Bella: Siti Bainun nafi gaul cili beri makan pada Bella
Kata Siti Bainun, dakwaan saksi Suhana Zam tidak benar kerana dia tidak pernah mengambil peduli mengenai keadaan anak-anak jagaannya.
Kes Bella: Hakim berang tunggu Siti Bainun, peguam
Siti Bainun berada di luar mahkamah jawab panggilan ketika hakim sudah masuk untuk memulakan prosiding.
Kes Bella: Hakim nasihat pendakwaan, pembelaan bekerjasama kongsi maklumat
Pihak pendakwaan dan pembelaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda dinasihat berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kes termasuk penyelarasan saksi.
Mulut Bella disumbat kain, saksi takut beritahu polis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa mulut remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, disumbat dengan kain.
Che' Puan Khaleeda santuni Bella, rakan-rakan di Legoland
Dalam perkongsian di laman media sosial, Che' Puan Khaleeda dilihat mesra bersama Bella sambil berkongsi cerita dengannya.
Kes Bella: Selepas TMJ, Bantu-Bantu Malaysia pula cadang tujuh penambaikan elak kes berulang
Antara cadangan adalah penambahan kakitangan terutama di Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM dan tapisan terhadap Taska.
Siti Bainun mula marah, pukul selepas Bella tarik langsir - Saksi
Saksi berkata, sejak kejadian itu, Siti Bainun mula marah-marah dan memukul Bella, namun dia tidak mengetahui motif tertuduh mahu mendera Bella.