JAKARTA: Malaysia akan kaji semula pengendalian kes-kes membabitkan penganiayaan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) supaya keadilan dapat ditegakkan dengan berlandaskan peruntukan perundangan negara sedia ada, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
"Saya amat memahami akan keprihatinan Pemerintah Indonesia terhadap kebajikan dan kesejahteraan PDI di Malaysia," katanya di sidang media bersama rakan sejawat Retno Marsudi selepas mesyuarat dua hala di sini, Khamis.
Beliau turut memberi jaminan bahawa Malaysia akan terus bekerjasama dengan Indonesia bagi memastikan pengambilan dan perlindungan PDI adalah berlandaskan undang-undang negara sedia ada.
Malaysia dan Indonesia memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan PDI di Malaysia pada 1 April 2022.
Zambry menzahirkan penghargaan Malaysia ke atas sumbangan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dan PDI kepada pembangunan sosio-ekonomi Malaysia serta kehidupan seharian rakyat Malaysia.
Beliau yang berada di Indonesia untuk lawatan rasmi tiga hari turut membincangkan isu-isu dua hala iaitu potensi pelaburan Malaysia di ibu kota negara (IKN) Indonesia yang baharu, Nusantara, dan pembatasan sempadan maritim serta darat antara kedua-dua negara.
"Saya memberi jaminan bahawa Malaysia akan terus berusaha untuk mencapai penyelesaian bagi memuktamadkan pembatasan sempadan maritim dan darat itu," katanya, sambil menambah pembangunan Nusantara akan meningkatkan hubungan ekonomi.
Selain memperkukuh hubungan kerjasama lawatan rasmi ini merupakan persediaan kepada lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jakarta yang dijangka diadakan dalam masa terdekat pada bulan Januari 2023, kata Zambry.
Beliau turut mengulangi pendirian perdana menteri bahawa "Indonesia kekal sahabat sejati dan jiran yang penting buat Malaysia."
Zambry diiringi Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Adlan Mohd Shaffieq dan Setiausaha Bahagian Asia Tenggara Wisma Putra Roseli Abdul.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2022

Zambry Abdul Kadir (kiri) bersama rakan sejawatannya dari Indonesia Retno Marsudi semasa sidang media bersama di Jakarta. -Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.

ASEAN berpotensi jadi ‘kuasa pertengahan’, tangani ketegangan geopolitik - Zambry
Katanya, dengan peralihan daripada sistem unipolar kepada sistem multipolar, ASEAN boleh membawa suara seruan ke arah penyelesaian diplomatik.

Dasar MADANI, hubungan antarabangsa fokus perbincangan bersama pemimpin muda global - Zambry
Dasar kerajaan MADANI, Kepengerusian ASEAN, dasar luar dan dasar pendidikan Malaysia antara yang dibincangkan Menteri Zambry bersama peserta program Atlantic Council Millennium Leadership.

Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.

Kerjasama pendidikan tinggi di peringkat ASEAN, mampu cungkil kepakaran baharu – Zambry
Jalinan Kerjasama dalam sektor pendidikan dengan semua negara di rantau ASEAN akan mampu mencungkil lebih banyak kepakaran dan kemahiran yang diperlukan di rantau ini khususnya Malaysia.

KPT pujuk tenaga pengajar bertugas di luar negara curah khidmat di Malaysia - Zambry
Zambry berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari peluang untuk mereka menyumbang khidmat kepada negara.

KPT bangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa
KPT akan membangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa untuk memastikan sijil yang dihantar melalui permohonan adalah sahih dan setaraf dengan kelayakan masuk.

Zambry ucap takziah kepada keluarga pelajar UTeM maut kemalangan
Allahyarham Nurul Syafiqah dan Nurhanis Afryna merupakan pelajar tahun dua dan satu Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTeM.

KPT rangka pelan pendidikan tinggi 2025-2035
KPT bercadang untuk tidak menggunakan khidmat perunding luar, sebaliknya menggunakan tenaga pakar tempatan yang lebih memahami keperluan negara.

Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.