KUALA LUMPUR :Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencelah dalam prosiding semakan kehakiman bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri yang ingin mengetepikan sabitan serta hukuman mati terhadapnya atas pertuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, esok.
Sebelum ini, peguam Sarah Abishegam yang mewakili bekas Perdana Menteri itu memaklumkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Suhaila Haron turut menetapkan tarikh sama untuk mendengar semakan kehakiman Azilah.
Pendengaran kedua-dua permohonan ditetapkan pada 21 Oktober lalu, namun tarikh itu dikosongkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Azilah memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman pada 5 Disember 2019 bersama-sama akuan berkanun setebal 32 muka surat yang mendakwa bahawa arahan untuk membunuh Altantuya adalah daripada Najib yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Azilah dan Sirul Azhar Umar disabitkan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 atas pertuduhan membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi keesokan harinya pada 2006.
Astro Awani
Mon Dec 07 2020
Azilah fail permohonan untuk semakan kehakiman pada 5 Disember 2019 bersama-sama akuan berkanun setebal 32 muka surat yang mendakwa mendapat arahan untuk membunuh Altantuya daripada Najib. - Gambar fail BERNAMA
Empat sungai di Kedah lepas paras bahaya, satu PPS diaktifkan
PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dibuka jam 2.30 pagi tadi selepas kediaman mangsa dilanda banjir.
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Gagal bayar RM9.24 juta, keluarga Altantuya fail notis kebankrapan terhadap Razak Baginda
Keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu memfailkan notis kebankrapan terhadap Abdul Razak Baginda.
Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.
Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.
Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Dakwanya, dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia.
Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ
Notis merah belum dibatalkan memandangkan pihak berkuasa masih berusaha membawa pulang Sirul ke Malaysia.
Sirul mohon maaf kepada keluarga Altantuya, rayu tinggal di Australia
Sirul dakwa bahaya menantinya jika kembali ke tanah air dan mengaku terima RM1 juta daripada sumber yang tidak dinamakan.
Keputusan bawa pulang Sirul Azhar akan dibincang - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Sirul Azhar dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia, semalam.
Sirul Azhar bebas tahanan imigresen Australia
Sirul Azhar telah meringkuk dalam tahanan imigresen di Australia sejak tuntutannya untuk suaka di negara itu ditolak pada 2019.
Keluarga Altantuya rayu naikkan ganti rugi RM5 juta
Dalam notis rayuan yang difailkan pada 16 Jan tahun ini, keluarga Altantuya membuat rayuan balas terhadap sebahagian daripada keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kuantum ganti rugi.