SYDNEY : Bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sirul Azhar Umar, yang disabitkan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, antara puluhan individu yang dibebaskan daripada tahanan imigresen selepas keputusan mahkamah tinggi, pada Rabu.
Sirul Azhar Umar yang juga pengawal peribadi kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah meringkuk dalam tahanan imigresen di Australia sejak tuntutannya untuk suaka di negara itu ditolak pada 2019.
Kerajaan Australia enggan menghantar pulangnya ke Malaysia, kerana dia berdepan hukuman mati dan akan dihukum gantung jika dia kembali.
Menurut laporan The Guardian, peguam Sirul Azhar, William Levingston, mengesahkan anak guamnya telah dibebaskan selepas keputusan mahkamah tinggi tetapi tidak boleh dihantar pulang ke Malaysia.
"Anak guam saya berdepan hukuman gantung di Malaysia kerana sabitan membunuh dan sehingga hukuman mati dimansuhkan oleh kerajaan Malaysia, kerajaan Australia tidak dapat menghantar pulang Sirul Umar kerana bukan kewajipan 'refoulement'," katanya.
Peguam Australia, Stephen Donaghue, telah mengenal pasti 92 individu yang berpotensi terjejas oleh keputusan itu, walaupun telah mengakui anggarannya mungkin tidak menyeluruh.
The Guardian Australia mendedahkan pada Jumaat, bahawa lebih separuh daripada 92 orang yang dikenal pasti oleh Donaghue telah dibatalkan visa mereka oleh menteri kerana kebimbangan serius mengenai jenayah.
Dokumen yang ditender sebagai sebahagian daripada kes menunjukkan 78 dilindungi dan puluhan telah ditahan selama lebih sedekad.
Kerajaan Australia telah mula membebaskan individu daripada tahanan tanpa had selepas menerima pelbagai tuntutan daripada tahanan jangka panjang.
Sirul Azhar dijatuhi hukuman mati kerana disabitkan atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006, seorang wanita Mongolia yang merupakan penterjemah, salah seorang bekas sekutu Najib, Razak Baginda.
Wanita itu dikatakan hamil pada masa pembunuhannya, telah diculik di luar rumah Razak Baginda dan dibawa ke kawasan lapang di pinggir Kuala Lumpur, di mana dia ditembak dan mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan.
Sirul Azhar disabitkan dengan pegawai lain dan dijatuhi hukuman mati.
Dia bagaimanapun, melarikan diri ke Australia semasa dibebaskan sementara menunggu rayuan dan cuba mendapatkan suaka di negara itu.
Sirul Azhar menegaskan dia diarah melakukan pembunuhan itu tetapi enggan menyatakan siapa yang mengarahkan pembunuhan tersebut.
Dalam temu bual dengan Guardian Australia pada 2018, dia berkata telah mengambil bahagian dalam penculikan itu tetapi bukan pembunuhan yang dilakukan.
Sirul Azhar turut mendakwa dia telah dikambing hitamkan dalam jenayah politik yang rumit.
Afiezy Azaman
Sun Nov 12 2023
Sirul Azhar Umar, yang disabitkan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, antara puluhan individu yang dibebaskan daripada tahanan imigresen selepas keputusan mahkamah tinggi, pada Rabu. - Gambar fail
Niaga AWANI: Data & Statistik: Prestasi ringgit setakat 20 Mei 2024
Sentimen yang dinyatakan dalam penerbitan minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada 22 Mei 2024, berkemungkinan menjadi pemacu utama trajektori ringgit dengan pendirian untuk menurunkan kadar faedah yang berpotensi membawa kepada kejatuhan nilai dolar US dan memanfaatkan mata wang tempatan, katanya dalam satu nota penyelidikan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Ebrahim Raisi, semua penumpang maut
Seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui 'terbakar sepenuhnya'.
Niaga AWANI: Data & Statistik: Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan perlahan inflasi pada 2023 itu adalah selari dengan penyusutan kebanyakan harga komoditi global, gangguan bekalan yang mereda, kawalan harga dan pemberian subsidi untuk barangan terpilih.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Data & Statistik: Prestasi Bursa Malaysia setakat 20 Mei 2024
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka indeks itu berlegar dalam jajaran 1,605-1,635 pada minggu ini apabila aktiviti pengambilan untung dijangka berlaku pada awal minggu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: FBM KLCI dijangka lepasi paras rintangan 1,620
Aktiviti jualan akan kekal berlaku di Bursa Malaysia namun data ekonomi tempatan yang kukuh dijangka menjadi penyokong besar untuk FBM KLCI.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Niaga hadapan minyak sawit mentah dijangka dalam jajaran RM3,800 hingga RM3,950 satu tan metrik
Pengeluaran yang tinggi dan eksport lemah dijangka memacu kedudukan harga niaga hadapan minyak sawit mentah kepada jajaran RM3,800 hingga RM3,950 satu tan metrik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Helikopter terhempas: Ebrahim Raisi, semua penumpang maut
Seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui 'terbakar sepenuhnya'.
Lawatan Anwar ke Asia Tengah, misi Malaysia cari lebih ramai sahabat setia
Kunjungan ke negara Asia Selatan mungkin tidak memberikan kesan ketara kepada kemajuan ekonomi.
Tidak layak beraksi di UCL, Ten Hag dan pemain berdepan potongan gaji
Rancangan Man United untuk mengurangkan gaji pemain boleh menghalang peluang mereka untuk mengekalkan kapten pasukan Bruno Fernandes.
Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen
Wanita itu antara 23 warga asing yang diberkas dalam operasi oleh Imigresen Perak bermula 11.50 malam hingga 2.30 pagi tadi.
Sirul perlu dedah dalang pembunuhan, hentikan spekulasi
Pendedahan itu penting supaya masyarakat mengetahui situasi sebenar termasuk kronologi kejadian.
Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.
Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.
Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Dakwanya, dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia.
Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ
Notis merah belum dibatalkan memandangkan pihak berkuasa masih berusaha membawa pulang Sirul ke Malaysia.
Sirul mohon maaf kepada keluarga Altantuya, rayu tinggal di Australia
Sirul dakwa bahaya menantinya jika kembali ke tanah air dan mengaku terima RM1 juta daripada sumber yang tidak dinamakan.
Sirul kemungkinan besar gagal dibawa pulang - Razarudin
Perbezaan peruntukan undang-undang antara Malaysia dan Australia mempengaruhi keadaan itu.
Sirul Azhar bebas tahanan imigresen Australia
Sirul Azhar telah meringkuk dalam tahanan imigresen di Australia sejak tuntutannya untuk suaka di negara itu ditolak pada 2019.
Tiada arahan pegawai atasan untuk Sirul Azhar keluarkan senjata api - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan supaya bekas anggota polis Sirul Azhar Umar mengeluarkan senjata api dari tempat simpanan di Bukit Aman pada 2006.