PUTRAJAYA: Kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat dakwaan seorang wanita berlaku gangguan seksual melalui perkataan tidak sopan oleh pegawai polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya semalam, kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali.
Beliau berkata pegawai polis itu telah membuat laporan polis berkenaan hantaran yang dimuat naik di Twitter oleh wanita terbabit semalam pada lebih kurang 1.35 tengah hari dan menyatakan dakwaan tersebut adalah tidak benar.
Mohd Fadzil berkata pada hari yang sama, 6 petang, pemilik akaun Twitter itu yang berumur 28 tahun telah tampil membuat laporan polis dan mendakwa pada 27 Mac (semalam) lebih kurang pada 9 pagi, seorang pegawai polis telah membuat gangguan seksual terhadapnya dengan menuturkan kata-kata yang tidak sopan semasa melalui SJR di Putrajaya.
"Menurut wanita tersebut, apabila beliau memaklumkan sedang dalam perjalanan untuk urusan perniagaan produk minuman susu, beliau telah disoal dengan ayat 'You perah sendiri ke susu tu?' yang menyebabkan rasa tidak selesa dan tidak puas hati sehingga beliau memuat naik hantaran di aplikasi Twitter," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Fadzil berkata siasatan awal dijalankan oleh pihak polis berhubung dakwaan pegawai polis yang menafikan telah mengeluarkan perkataan yang tidak sopan semasa menyoal wanita tersebut yang mendapati pegawai tersebut sebaliknya bertanyakan berkenaan produk susu tersebut dengan ayat 'You buat sendiri ke susu tu?'
"Petugas lain termasuk Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di lokasi kejadian juga telah disiasat dan menafikan berlakunya gangguan seksual sebagaimana dakwaan wanita tersebut," katanya.
Justeru, Mohd Fadzil berkata pihak polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.
"Walau bagaimanapun, siasatan akan diteruskan setelah mendapat Perintah Penyiasat daripada Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara sebagaimana peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 108(2) Kanun Prosedur Jenayah. Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan dirujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk keputusan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata pihak polis akan menjalankan siasatan yang telus tanpa sebarang kompromi dan menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan dan spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menyalurkannya kepada Insp Muhamad Shamin Abul Qasim (Pegawai Penyiasat) di talian 03-8886 2068, Pusat Kawalan Daerah Putrajaya di talian 03-8886 2145 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 28 2021
Mohd Fadzil berkata pihak polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua pihak. - Gambar fail/BERNAMA
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.
X papar logo Grok untuk mudahkan akses kepada pembantu AI
Pengguna boleh melakukan pelbagai pertanyaan terus kepada Grok, di samping turut menggunakannya dalam penjanaan gambar.
X fokus kepada 'X TV', 'X Money' tahun ini
X TV dilihat akan memfokuskan kepada kandungan berbentuk video, dan memudahkan ia ditonton melalui kaca televisyen.
X perkenal penjana imej generasi baharu pada Grok, hasil gambar lebih realistik
Model baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia.
Tokoh terkemuka, media tinggalkan platform X susulan kemenangan Trump
Keputusan itu sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan terhadap hubungan rapat Elon Musk dengan Trump.
X dibenar beroperasi semula di Brazil selepas akur permintaan mahkamah
X akhirnya tunduk dengan melantik wakil dan membayar denda selepas akaun Starlink dibekukan.
Nilai X dilapor susut hampir 80% sejak dibeli Elon Musk
X dihantui pelbagai isu besar sejak Musk mengatakan ia adalah platform sebenar untuk kebebasan bersuara.
X bakal tambah tab khusus untuk video tidak lama lagi
X akan memfokuskan kepada kandungan video dan bereksperimen dengan aplikasi untuk televisyen.
Threads kini sokong sehingga 20 gambar dalam satu perkongsian
Threads menyokong perkongsian sehingga 20 gambar, memberikan pengalaman yang mirip dengan zaman keagungan Twitter.
Bluesky kini mempunyai lebih 9 juta pengguna
Penambahan drastik kebelakangan ini berlaku apabila platform X dihalang di Brazil, menyebabkan ramai beralih ke Bluesky.
Threads kini hampiri 200 juta pengguna aktif bulanan
MARK Zuckerberg hari ini berkongsi bahawa Threads terus memperlihatkan peningkatan pengguna aktif dari hari ke hari.