IPOH: Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak akan melaksanakan dalam masa terdekat kerja-kerja pembaikan Jalan Bota Kanan-Kampung Gajah-Teluk Intan di Perak Tengah yang gambar kerosakan jalan berkenaan ditularkan, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata laluan FT 109 itu melibatkan kerosakan jalan di sepanjang seksyen 40.00 hingga 42.00.
"Semua lokasi kerosakan permukaan jalan telah dikenal pasti dan dalam perancangan untuk dilaksanakan dalam tahun ini.
"Permohonan dan perbincangan telah dibuat oleh JKR Perak dengan pihak atasan dan akan segera dilaksana dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.
Beliau berkata anggaran kos penyelenggaraan laluan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM2.2 juta dan arahan kerja akan dikeluarkan kepada pihak konsesi Persekutuan sebaik peruntukan diterima.
Beberapa laman media sosial baru-baru ini, memuat naik gambar jalan raya berkenaan menunjukkan ia telah berkali-kali ditampal sehingga menyebabkan keadaan jalan menjadi tidak rata.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 06 2022
Mohd Zolkafly berkata laluan FT 109 itu melibatkan kerosakan jalan di sepanjang seksyen 40.00 hingga 42.00. - Gambar fail
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Laluan FT 185 Simpang Pulai-Cameron Highlands selamat
Gambar cerun runtuh di laluan berkenaan adalah gambar lama yang ditularkan semula.