CYBERJAYA: Sebuah syarikat pemaju Monarch Lodge Development Sdn Bhd didenda RM60,000 Jumaat lepas kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam kenyataan hari ini berkata ia selepas Hakim Mahkamah Sesyen Seremban Diana Md Razali mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Monarch Lodge Development Sdn Bhd didakwa atas kesalahan secara sengaja mengorek tanah dan merosakkan kemudahan rangkaian iaitu sesalur sembilan laluan dan enam laluan milik TM di Kilometer 8.2, Jalan Seremban-Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Syarikat itu dituduh di bawah Seksyen 235, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut MCMC siasatan mendapati kerosakan kepada kemudahan rangkaian TM itu berpunca daripada kerja-kerja pengorekan yang dilakukan oleh syarikat pemaju berkenaan, yang berkaitan dengan projek pembangunan Bandar Pelancongan Kota Lukut di Port Dickson.
Akibat kerosakan kepada kemudahan rangkaian TM itu, ia telah menjejaskan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan TM di sekitar kawasan berkenaan.
"MCMC memandang serius perkara ini dan mengingatkan setiap syarikat pemaju yang menjalankan kerja pembinaan untuk menitikberatkan langkah-langkah keselamatan seperti mana yang terkandung di bawah Garis Panduan Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan.
"Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung skop pematuhan, kaedah pembiayaan, kaedah pelaksanaan dan pemakaian prosedur kerja terkini bagi kerja-kerja pengalihan dan pemasangan semula utiliti di semua tapak projek di dalam rizab Persekutuan dan negeri yang terlibat," menurut kenyataan itu.
MCMC berkata garis panduan itu juga menjamin perlindungan ke atas kemudahan utiliti awam terutamanya kemudahan rangkaian.
"Selain itu, MCMC juga menyarankan agar pihak kontraktor mahupun syarikat pemaju menggunakan medium 'Call Before You Dig (CBYD)' bagi tujuan kerja-kerja pembinaan yang hendak dijalankan apabila melibatkan kemudahan rangkaian.
"Melalui initiatif ini, kadar kemungkinan kerosakan ke atas kemudahan rangkaian dan gangguan perkhidmatan dapat dikurangkan kepada tahap yang lebih minimum," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Hakim Mahkamah Sesyen Seremban Diana Md Razali mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. - Gambar hiasan

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).